Projek pengangkutan awam, dua ditahan beri rasuah RM10 juta

Lydia Fransiska Natalia, membelasah anaknya yang berusia lebih dua tahun sehingga 'lunyai'.

Projek pengangkutan awam, dua ditahan beri rasuah RM10 juta.  Seorang pengurus kewangan dan ketua pemasaran sebuah syarikat ditahan berhubung pemberian rasuah lebih RM10 juta membabitkan urusan pengambilalihan kerja melibatkan projek pembinaan sistem pengangkutan awam.

Menurut sumber, kedua-dua suspek ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya semasa hadir memberi keterangan sekitar jam 9.30 malam pada Selasa.

“Suspek wanita yang merupakan pengurus kewangan sebuah syarikat dipercayai melakukan pembayaran rasuah berjumlah lebih RM10 juta bagi memudahkan urusan dan kelulusan pengambilalihan kerja melibatkan projek berkenaan daripada sebuah syarikat lain kepada syarikat suspek bekerja.

“Manakala suspek lelaki yang merupakan Ketua Bahagian Pemasaran syarikat yang sama pula, disyaki membuat pembayaran kepada enam individu dan entiti yang berbeza yang disyaki palsu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Sumber tersebut memaklumkan, wanita terbabit bertanggungjawab melakukan pembayaran tersebut tanpa mematuhi prosedur kewangan dan perolehan syarikat.

Katanya, kedua-dua suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an direman tiga hari bermula Rabu.

Projek pengangkutan awam, dua ditahan beri rasuah RM10 juta

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*