{VIDEO} “Wow!! Mavbless…” Rasa bersalah kalau tak cuba, nasi goreng susu jadi pehatian

“Wow!! Mavbless…” Rasa bersalah kalau tak cuba, nasi goreng susu jadi perhatian.  Sebuah kedai makan yang dipercayai berada di Alor Setar membawa kelainan dalam menu hidangan mereka iaitu nasi goreng susu.

Bukan susu cair, tetapi mereka menggunakan susu pekat untuk sajian berkenaan yang mana sekaligus berjaya menjadi tarikan pengunjung untuk mencubanya.

  "Wow!! Mavbless..." Rasa bersalah kalau tak cuba, nasi goreng susu jadi perhatian

 

Dia bernama Bella Zahir Zain, ada berkongsi pengalaman menikmati hidangan berkenaan bersama dengan ahli keluarganya.

Bagaimanapun, Bella hanya memesan sepinggan sahaja memandangkan mereka baru ingin mencuba sama ada kena atau tidak dengan tekak masing-masing.

Melihat hidangan tersebut, kelihatannya tiada beza dengan nasi goreng lain, cuma tukang masak itu menambah susu pekat sahaja yang mana kebiasaannya digunakan untuk bancuh air atau makanan manisan.

Bagi yang pertama kali dengar, mungkin akan teruja ingin mengetahui sejauh mana keenakannya dan menerusi perkongsian Bella yang lain pula dapat saksikan reaksi keluarganya setelah mencuba hidangan itu.

Ramai pula membahan nasi goreng tersebut dengan menyamakannya dengan resepi milo ais mengenangkan bahan yang digunakan salin tak tumpah seperti air itu.

 "Wow!! Mavbless..." Rasa bersalah kalau tak cuba, nasi goreng susu jadi perhatian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*