PM : Penjawat awam tak berintegriti perlu dihapuskan

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan komitmennya untuk tidak bertolak ansur dengan kelompok kecil penjawat awam yang tidak berintegriti.

Selepas sebulan pemerintahannya, Anwar berkata masih wujud sebahagian kecil penjawat awam yang tidak berintegriti sehingga meroboh dan merosakkan negara.

“Ada bidang-bidang penguatkuasaan, kelompok kecil yang masih cuai dan meneruskan adegan lama, mengutip habuan, menetapkan kos tambahan, menentukan ada hadiah-hadiah besar,” katanya ketika menyampaikan amanat pada program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 di Masjid Putra, Putrajaya.

Justeru, Anwar menyeru kerjasama penjawat awam bagi membanteras perkara itu.

“Saya mohon kerjasama kerana saya tahu sejumlah besar penjawat awam dan badan penguatkuasaan mengerti dan faham tapi kelompok kecil ini mesti dihapuskan.

“Mudah-mudahan ada keinsafan untuk melakukan perubahan. Jika tidak tindakan tegas akan diambil,” katanya.

Anwar turut menekankan kepentingan kebertanggungjawaban demokrasi untuk dilaksanakan dalam negara.

“Maknanya kalau sistem demokrasi itu menetapkan negara hukum, badan penguatkuasaan yang profesional, media yang bebas, benar tetapi mesti ada kebertanggungjawabannya,” katanya.

PM : Penjawat awam tak berintegriti perlu dihapuskan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*