PM Anwar : Malaysia kutuk sekeras-kerasnya tindakan bakar al-Quran

Malaysia mengutuk sekeras-keranya tindakan Islamofibia oleh pemimpin ekstrimis parti politik sayap kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan yang bertindak membakar salinan al-Quran di Stockholm, Sweden semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia menggesa kerajaan Sweden, mengenakan tindakan segera terhadap pelaku yang bertanggungjawab melakukan perbuatan terkutuk itu disamping mengambil langkah drastik terhadap peningkatan Islamophobia di Sweden.

“Ia satu penghinaan terang-terangan terhadap kitab suci umat Islam oleh ahli politik Sweden itu dan ketiadaan sebarang tindakan terhadap kelakuan Islamofobia tersebut merupakan satu provokasi melampau terhadap sensitiviti bukan sahaja Turkiye, tetapi lebih daripada 2 bilion Muslim di seluruh dunia.

“Malaysia mengecam jenayah kebencian berulang yang menyasarkan umat Islam di seluruh dunia begitu juga segala bentuk hasutan kepada kebencian yang menyemarakkan sikap perkauman,” katanya menerusi perkongsian di laman media sosial hari ini.

Ujar Anwar, ia termasuklah perkataan atau kelakuan dan pandangan tertentu dengan kebimbangan peningkatan ungkapan kebencian terhadap kepercayaan atau eknik tertentu.

Tambah beliau, Malaysia menekankan kepentingan mengutamakan prinsip dialog, persetujuan serta sikap saling menghormati dalam menyelesaikan sesuatu pertikaian dan menyeru komuniti antarabangsa untuk menolak kebencian bangsa atau agama yang bertopengkan kebebasan bersuara dan bersatu menentang segala bentuk hasutan terhadap kebencian dan keganasan.

Terdahulu, Paludan semalam menyertai bantahan di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm, dengan perlindungan ketat polis dan kehadiran lebih daripada 100 orang penyokong.

Selepas mengecam hampir sejam yang mana dia menyerang Islam dan Imigresen di Sweden, Paludan kemudiannya bertindak membakar kitab suci al-Quran yang sekaligus menyemarakkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

PM Anwar : Malaysia kutuk sekeras-kerasnya tindakan bakar al-Quran

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*