Pertikai MoU, pembangkang dicadang bawa ke mahkamah

Pembangkang yang mempertikaikan kesahan Perjanjian Persefahaman Kerjasama di sisi Perlembagaan boleh membawa ia ke mahkamah, kata Timbalan Perdana Menteri II, Fadillah Yusof.

 

Beliau menepis dakwaan perjanjian yang merasmikan pembentukan kerajaan perpaduan akan membawa kepada pemerintahan berbentuk diktator, seperti yang didakwa seorang Ahli Parlimen hari ini.

Ini kerana perjanjian itu menyatakan komponen kerajaan perpaduan masih boleh berunding sesama sendiri bagi mencapai kata sepakat, dan pihak yang tidak berpuas hati tentang sesuatu isu hendaklah berunding dengan semua parti.

“Pihak pembangkang yang tidak bersetuju dengan perjanjian itu boleh membawa perkara berkenaan ke mahkamah untuk diputuskan oleh badan kehakiman,” katanya.

Dalam pada itu, Fadillah berkata matlamat asas perjanjian itu untuk menjamin kestabilan politik, mengingatkan, “kita ada tiga perdana menteri sebelum ini dan satu daripada sebabnya kerana isu undi tak percaya.”

Lima gabungan politik utama iaitu Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah, dan Warisan, yang membentuk kerajaan perpaduan menandatangani perjanjian itu semalam, menjelang usul undi percaya pada Isnin.

Antara kandungan perjanjian itu ialah kegagalan Ahli Parlimen dalam kerajaan perpaduan mengundi atau menyokong perdana menteri dalam usul-usul berkaitan dengan usul percaya, perbekalan, atau sebarang usul berbentuk prosedur yang mempunyai kesan kepada keabsahan kerajaan, dikira meletak jawatan.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin, dilapor khuatir perjanjian yang ‘memaksa’ ahli Dewan Rakyat menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim melalui usul undi percaya membawa kepada pemerintahan berbentuk diktator.

Pertikai MoU, pembangkang dicadang bawa ke mahkamah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*