‘Pernah tak Pagoh…’ – Saifuddin ‘sekolahkan’ Muhyiddin lepas persoal SOP siasatan 3R

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail membidas bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin kerana mendakwa polis tidak mempunyai SOP tetap dalam penyiasatannya terhadap isu berkaitan agama, kaum dan Raja (3R).

Ia berlaku selepas Ahli Parlimen Pagoh itu mendakwa di Dewan Rakyat hari ini bahawa polis akan memanggil sesiapa sahaja yang bercakap mengenai isu 3R, tanpa mengira konteks.

Menurut Saifuddin, kerajaan tidak pernah menghalang sesiapa sahaja untuk bercakap mengenai bangsa dan agama tetapi bukanlah menuduh sehingga ada laporan polis dibuat.

Sementara itu, Saifuddin berkata siasatan terhadap 104 kes berkait 3R bukan hanya terhad di kalangan pemimpin pembangkang tetapi wakil dari kerajaan.

Saifuddin menjawab soalan Muhyiddin yang meminta supaya Ketua Polis Negara Razarudin Husain menarik semula kenyataan yang menasihat dan meminta mana-mana pihak untuk tidak bercakap dan berhujah berkenaan isu 3R.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*