Perjalanan tiga saudara lalu jalan potong ke Kota Tinggi, ini yang terjadi…

Perjalanan tiga saudara lalu jalan potong ke Kota Tinggi, ini yang terjadi…

Esok saudara aku nikah di Kota Tinggi. Aku dan dua lagi saudaraku, Farid dan Tam memutuskan untuk pulang malam sebelum majlis. Sepatutnya kami gerak awal sikit, tapi Tam pulak buat hal… dia belum kemas baju lagi.

Kami tiba di Kluang untuk pick up Farid sekitar jam 12 malam. Dia kerja di Jabatan Perlilitan dan baru pindah ke Kluang. Muka Farid ketat. Mana tak nya kita janji dengan dia pukul 10 malam. Dua jam lambat. Di Ayer Hitam kami makan dulu. Kami paksa Tam untuk belanja kami.

Perjalanan tiga saudara lalu jalan potong ke Kota Tinggi, ini yang terjadi...

Dalam jam 1 kami gerak semula. Farid memberitahu untuk patah balik ke tol tapi Waze menunjukkan jalan lebih cepat. Route 91, Kota Tinggi-Kluang. Oleh kerana dua lawan satu, Farid ikut sahaja idea kami. Cuma dia pesan bahawa jarang orang guna jalan tu kerana jalannya yang tak berlampu.

Waze menjadi panduan kami ke Kota Tinggi. Betul kata Farid, keadaan di laluan itu sangat gelap dan suram. Bayangkan hampir 20 minit memandu mereka tidak nampak sebiji kereta atau rumah langsung. Hanya Kelapa Sawit. Di tambah pula kawasan itu tiba-tiba jalan berkabut. Memang tak la nak pandu laju. Takut-takut kalau terlalu laju, kereta kita terbabas. Ya la, kami bukan biasa dengan jalan ni. Rasanya kami drive dalam 60km per jam.

Dalam perjalanan ke Kota Tinggi, Waze menuruh kita ke kiri. Ada jalan dalam yang akan memintaskan ke sebuah jalan lain. Apabila aku nak ke kiri, aku lihat jalan kecil yang tak bertar. Jalan kelapa sawit. Aku teragak-agak nak masuk. Tam suruh aku masuk. Farid tak kisah. Aku ikut cakap Waze.

Turut baca

Aku tak tahu la jalan apa waze bawa, tapi memang seram. Semua orang senyap lalu jalan tu, aku dah tak sedap hati dah. Tiba-tiba aku nampak lembaga berpakaian putih di tengah-tengah jalan. Aku berhenti kereta. Kami semua pandang lembaga itu. Farid suruh aku undur kereta. Masalahnya tak ada tempat nak turn. Aku pun tukar gear reverse dengan perlahan-lahan aku reverse. Ada ruang kecil untuk aku pusingkan kereta, Farid suruh aku pusing, Tam suruh aku reverse. Kalau salah pusing ni sangkut kita. Lembaga itu masih boleh di lihat dari kereta. Aku dengan lajunya cuba pusing kereta secepat mungkin. Lembaga itu mungkin dengar kereta kami dan pusing badannya. Dia nampak kereta kami. Time tu kereta kami di kedudukan reverse tak boleh, ke depan pun tak boleh. Tam dah gabra. Dia suruh aku cepat sikit pusing. Aku sedang pusing secepat yang boleh. Lembaga tu mengejar kami. Berdebar jantung aku macam nak jatuh. Aku pusing, foward, reverse, foward, reverse…. akhirnya kereta kami cukup untuk di pandu. Lembaga itu dah kat belakang kami, aku apa lagi pecut.

Lembaga putih itu seperti seorang orang tua, badannya bongkok, nenek kebayan mungkin, dia kejar pun macam orang tua. Kakinya teresot-esot. Tak tahulah. Tibanya jalan besar kami dah tak nampak lembaga itu. Aku dah tak fikir apa lagi, aku terus pecut keluar.

Kami bertiga senyap dalam kereta. Tiba-tiba Farid gelak. Tam pelik. Apasal dengan si Farid ni. “Cuba kau bayangkan kalau kita stuck kat kelapa sawit tadi,” beritahu Farid.

“Kau la bodoh. Reverse sahaja la. Ni nak pusing bagai,” sambung Tam. “Aku dah suruh lalu highway kan. Nak juga lalu jalan ni,” kata Farid. “Berapa lama lagi sampai Kota?” Aku beritahu lebih kurang 30 minit lagi.

Jalan itu masih gelap, masih berkabur. Aku buka lagu Alhamdulillah dari Too Phat, kononnya ada ayat arab tu mengcukupi. Tam gelak, “Dah kenapa? Ingat hantu takut dengan lagu ni?” Aku beritahu sedapkan hati sendiri. Kami pun terus pandu.

Perjalanan tiga saudara lalu jalan potong ke Kota Tinggi, ini yang terjadi...

Semasa aku sedang pandu, tiba-tiba ternampak di jalan hadapan, ada suluhan lampu terang dari arah tepi jalan. Seolah-olah ada kenderaan menyuluh dari tepi. Nak, tak nak kami terpaksa lalu lampu ini. Sekali lagi kami semua senyap. Aku memang tak nak pandang. Tam dah mula mengumit-ngumit membaca segala surah ayat-ayat Quran yang dia tahu. Aku pun ikut. Kami pecut lalu tepi lampu itu.

Farid sahaja yang toleh. “Wei, ada orang kereta rosak. Kesian wei”. Dalam fikiran aku jam dah la tunjuk pukul 2.30 pagi, siapa pulak kereta rosak tengah jalan. Tak berani aku nak berhenti. “Kepala otak kau nak berhenti!” Tam jawab.

Aku tengok Farid yang duduk belakang sambil buat lawak, “kau nak benda tumpang kita ke apa?” Selepas kata-kata aku tu aku tengok semula Farid, nak tengok reaksinya, terkejut aku di sebelahnya ada seorang lelaki tumpang kami. Muka aku berubah. Ketakutan. Badan aku meremang. Aku tak tahu nak buat apa, hanya pandu.

“Kau yang tak sepatutnya berada di sini tolong beredar!” kata Tam. Eh Tam nampak ke? “Tinggalkan kereta in!”

Turn Farid pulak konfius. Farid berpusing kiri, tak ada apa-apa, tapi apabila dia toleh ke kanan, dia nampak makhluk tu. Menjerit sambil melompat ke belakang. Farid terus baca Al Fatehah. Tam mencari-cari dalam dashboard dan terjumpa buku Al-Quran kecil. Dia terus baca ayat Ruqyah. Aku pandu ke kiri ke kanan. Macam orang mabuk. Lembaga itu meninggalkan mereka.

Tak lama kemudian kami tiba di bandar Kota Tinggi. Ketiga-tiga kami rasa lega. Jam dah menunjukkan pukul 3 pagi lebih. Kami membuat keputusan untuk berhenti dulu di kedai mamak baru pergi ke rumah pengantin. Takut makhluk-makhluk tadi ikut kami.

Ketiga-tiga kami tak bercakap di kedai mamak sehinggakan Farid membuka mulut, “Aku sebenarnya tadi terkencing sikit kat seluar.” Kami bertiga gelak. “Bodohlah kau Farid!”

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*