Perasan tak? Orang Cina jarang balik kampung – Namun lelaki mualaf ini buka mata selepas kahwin

‘Hidup perlu duit, nak mati pun kena ada duit.’ Itulah yang sering menjadi kerisauan masyarakat Cina kerana perbelanjaan menuju kematian juga memerlukan duit yang banyak, jika mahu selesa di alam sana. Secara tidak langsung, mempengaruhi bagaimana cara hidup, pemikiran dan keutamaan dalam hidup.

Persoalan yang dibangkitkan Adam Kelvin mengapa masyarakat Cina jarang pulang ke kampung sedikit sebanyak memberikan penjelasan perbezaan budaya antara bangsa.

Sebelum ini baginya tiada keperluan untuk selalu pulang ke kampung kerana itulah yang diamalkan keluarganya sejak dahulu. Namun semuanya berubah dan dia mula membuka mata akan peri pentingnya hubungan kekeluargaan masyarakat Melayu yang diamalkan keluarga isteri.

Perasan tak? Orang Cina jarang balik kampung - Namun lelaki mualaf ini buka mata selepas kahwin

Ayah saya sendiri pun balik kampung setahun sekali atau dua kali sahaja.

Jadinya, bila masa awal-awal kahwin dulu saya pelik kenapa wife saya selalu nak balik kampung.

Even saya mengambil langkah yang drastik hanya benarkan wife saya balik setahun sekali saja. Itu pun hari raya saja. Ni cerita masa mula-mula kahwin tau.

Saya buat begitu bukan sebab nak pisahkan dia dari family. Tak ada langsung macam tu. Cuma pada saya, tak ada keperluan untuk selalu pulang ke kampung. Itu yang ayah saya amalkan dari dulu dan saya terikut-ikutlah. Mungkin juga ikatan kekeluargaan family saya kurang kuat.

Sampailah wife saya penat sangat dan dia mintak nak berpisah dengan saya sebab tak dapat pulang ke kampung dengan kerap.

Saya jadi terdiam apabila wife saya terangkan betapa pentingnya ummi walidnya berbanding saya dalam hidupnya. Suami boleh cari ganti tapi ummi walidnya hanya itu saja yang ada dan tiada gantinya. Dulu pun masa walidnya bekerja di KL, memang mereka semua akan pulang ke kampung dengan kerap.

Even masa arwah nenek wife saya sakit pun, ummi walidnya setia menjaga sampai ke hujung nyawa.
Lagi saya tersentap bila wife cakap, bayangkan Soon Cong ni kita jaga macam menatang minyak yang penuh, bagi semua kasih sayang dan buat terbaik untuk dia. Sekali bila dah kahwin, dia tak boleh balik ke kampung selalu sebab wife dia tak bagi? Faham tak perasaan rindu anak tu macam mana?

Masa wife saya luahkan perkara ni, saya rasa nak nangis sebab tak tau kenapa saya boleh bertindak macam tu sekali. Apa entah yang saya fikir masa tu? Apa lah yang bermain dalam otak saya masa tu sampai tanpa sedar menyeksa wife sendiri? Geram sangat.

Akhirnya saya benarkan wife saya balik kampung 2-3 bulan sekali. Sekali balik stay dalam seminggu. Baru saya nampak wife saya mula ceria dan gembira. Nampak dia lebih fulfilling lepas pulang dari kampung.

Malah ibu dan ayah mertua saya juga lebih gembira apabila melihat anaknya pulang selalu. Taklah kena tahan perasaan rindu kat anak.

Bila fikir balik, saya buat begitu dulu sebab sejak masuk Islam, saya dah terbiasa berseorangan. Saya tak belong to anywhere, anyone or anything. Saya sibuk mencari duit untuk survive sampai perasaan sendiri mati. Terlalu pentingkan diri sampai terabai perasaan orang sekeliling bila berkahwin.

Perbezaan budaya pun ya juga.

Peristiwa luahan yang terpendam wife saya banyak mengajar saya sesuatu. Wife saya memang tegas orangnya. Benda kalau dia nak, dia akan fight sampai habis.

Patutlah setiap kali musim perayaan mesti highway jam. Bukan musim perayaan saja, pantang ada cuti umum je mesti jam! Orang berlumba-lumba pulang ke kampung.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*