Penyokong Muhyiddin mula berkumpul di Ibu Pejabat SPRM

PUTRAJAYA: Kira-kira 50 penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin berkumpul di luar perkarangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat pagi ini bagi memberi sokongan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu.

Muhyiddin semalam mengesahkan beliau akan dipanggil memberi keterangan kepada SPRM hari ini.

Penyokong beliau yang memakai pakaian warna putih dilihat hadir sejak jam 9 pagi .

Antara yang kelihatan, Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Ahli Parlimen Indera Mahkota merangkap Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Razali Idris dan Ketua Penerangan Armada Nasional BERSATU, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*