BERSATU jangka Muhyiddin ditahan hari ini, didakwa esok

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat jangkaan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ketika hadir memberi keterangan, hari ini.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan tindakan SPRM yang memanggil bekas Perdana Menteri untuk hadir ke ibu pejabatnya, hari ini.

“Hari ini adalah satu hari tindakan kerajaan Madani dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mana Tan Sri Muhyiddin diarahkan untuk ke pejabat SPRM bagi dirakamkan keterangan.

“Dijangka beliau akan ditahan dan didakwa di mahkamah esok.

“Kami melihat tindakan ini adalah sangat tidak berperikemanusiaan kerana kami akan mengadakan pemilihan parti esok,” katanya ketika ditemui pemberita di hadapan Ibu Pejabat SPRM, hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) yang akan diadakan esok hingga Ahad, Razali berkata, ia akan tetap akan diteruskan.

“Kita akan teruskan PAT seperti biasa tapi agenda akan berubah mengikut keadaan semasa.

“Kalau dikatakan Muhyiddin tidak dapat hadir kerana ditangkap dan direman, kita akan ubah agenda mesyuarat kita,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*