Pengetua, ketua pembantu tadbir terima rasuah lebih RM17,000 ditahan SPRM

JOHOR BAHRU: Seorang pengetua dan ketua pembantu tadbir sebuah sekolah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kluang, hari ini selepas disyaki bersubahat meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM17,000.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 53 tahun dan suspek wanita berusia 50 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Cawangan Kluang, kira-kira jam 7 petang tadi.

“Difahamkan, pada Januari lalu, suspek telah meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang kontraktor sebagai balasan kerana memberikan kerja-kerja penyelenggaraan pagar di asrama sekolah berkenaan kepada syarikat milik kontraktor terbabit,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias, ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua suspek terbabit dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Bagaimanapun, mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*