Penganggur maut ditetak ketika makan

Seorang penganggur maut diserang sekumpulan lelaki bertopeng ketika dia dan dua rakannya sedang menjamu selera di kawasan Taman Tampoi Indah, di sini semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 29 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala, tangan, kaki dan seluruh badan setelah ditetak empat lelaki bersenjatakan parang.

Penganggur maut ditetak ketika makan
Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, pihaknya menerima panggilan tentang kejadian tersebut pada pukul 8.10 malam.

“Siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa yang tidak bekerja sedang makan bersama-sama dua rakannya sebelum diserang empat lelaki memakai topeng muka bersenjatakan parang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sejurus selepas kejadian, mangsa dibawa ke Hospital Pakar Puteri, di sini untuk mendapat rawatan namun pegawai kesihatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk dibedah siasat.

Katanya, siasatan awal mendapati kesemua suspek menaiki kereta jenis Honda Accord berwarna putih, namun nombor pendaftaran tidak dikenal pasti.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi hotline Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara 07-5563122 atau Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Zawanah Raimim Mokhtar 012-7744544.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Turut baca

Penganggur maut ditetak ketika makan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*