Duit RM45,000 ‘lesap’, inspektor dan dua anggota polis ditahan

MUHAMAD Zaki Harun (tengah) menunjukkan pil kuda yang dirampas dalam serbuan di Kuala Krai semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, Kota Bharu, Kelantan.

Seorang pegawai polis berpangkat inspektor dan dua berpangkat koperal ditahan selepas didakwa terlibat dalam kes curi wang tunai berjumlah RM45,000 setelah mereka menyerbu rumah seorang pengedar pil kuda di Kampung Pasir Kelang Baru, dekat Kuala Krai, Rabu lalu.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pegawai yang berpangkat inspektor berusia lewat 30-an bersama dua anggota berpangkat koperal berusia 20 tahun dan 30 tahun itu dicekup Jumaat lalu selepas pemilik rumah tersebut yang juga ibu kepada lelaki tersebut membuat laporan polis.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 4.30 petang selepas tiga lelaki memperkenal diri sebagai polis yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai ke rumah mangsa.

“Ketiga-tiganya masuk ke dalam rumah sebelum menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang juga anak kepada pemilik rumah tersebut.

“Dalam serbuan itu, ketiga-tiga polis merampas sebanyak 1,000 biji pil kuda yang berada bersama lelaki itu. Susulan daripada tangkapan itu, ibu kepada lelaki yang diberkas itu mendakwa wang sejumlah RM45,000 yang berada di dalam rumah dipercayai turut hilang,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, selepas kejadian tersebut, wanita itu tampil membuat laporan di IPD Kuala Krai.

Katanya, polis menjalankan siasatan terperinci berhubung kes itu termasuk dakwaan yang mengatakan wang sejumlah RM45,000 hilang selepas serbuan dijalankan.

“Ketiga-tiga suspek ditahan reman empat hari bermula Sabtu lalu hingga dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Turut baca

Duit RM45,000 'lesap', inspektor dan dua anggota polis ditahan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*