PEMUDA diingatkan, BERSATU,PAS yang ‘curi’ pengundi UMNO bukan DAP

Usahlah menembak kaki sendiri.

Cukup-cukuplah kambing hitamkan DAP. Selama ini bukan DAP yang curi pengundi UMNO pun. Bukan kebiasaan UMNO bertanding di kerusi yang ditandingi DAP.

Musuh UMNO adalah Bersatu dan PAS. Mereka ini yang curi pengundi UMNO. Malah curi pemimpin UMNO juga.

Lebih dari itu, Bersatu berniat ambil alih kedudukan UMNO sebagai parti tunggal mewakili orang Melayu dan hapuskan UMNO.

Kalau UMNO mahu survive dalam politik semasa, yang mesti dilawan adalah PAS dan Bersatu. Bukan DAP. Kenyataan memperlekehkan DAP akan buat UMNO terus hilang dari arus politik kini.

Sila rasional dan berfikir dengan waras. Usah ditiru bodoh pemimpin PN. Mereka itu sudah rosak beyond repair. Tapi UMNO masih boleh dipulihkan. Langkah biar ke depan, bukan ke belakang.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*