“Patut ada yang meroyan…” 10,000 pengunjung dijangka hadir himpunan Madani Kedah

“Patut ada yang meroyan…” 10,000 pengunjung dijangka hadir himpunan Madani Kedah. Himpunan Madani Kedah 2023 yang dijadual berlangsung di Dataran Stargate di Alor Setar pada Jumaat ini dijangka dihadiri kira-kira 10,000 orang.

Pengarah Jawatankuasa Induk himpunan itu Datuk Zamri Yusuf berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadual hadir dan dijangka menyampaikan ucapan pada program itu.

Zamri, yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berkata himpunan itu akan bermula pada 5 petang melibatkan sesi pidato wakil masyarakat termasuk belia dan mereka akan turut memberikan pandangan mengenai konsep Malaysia Madani.

“Objektif himpunan ini untuk kita terapkan masyarakat tentang konsep Madani iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan,” katanya pada sidang media di Alor Setar.

Zamri, yang juga Adun Suka Menanti berkata masyarakat yang hadir pada himpunan itu juga boleh berinteraksi dengan pemimpin sebelum dan selepas sesi pidato berlangsung.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*