“Pakistan tenat…” Hampir setiap wilayah tenggelam, Panglima Tentera rayu bantuan antarabangsa

“Pakistan tenat…” Hampir setiap wilayah tenggelam, Panglima Tentera rayu bantuan antarabangsa. Memetik laporan Awani, Pakistan merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk tampil bantu negara itu yang ditimpa bencana banjir.

Rayuan dibuat Panglima Tentera, Jeneral Qamar Javed Bajwa selepas beliau melawat kawasan yang dilanda banjir di wilayah selatan Sindh.

“Negara-negara mesra dengan Pakistan juga akan tampil untuk membantu dalam masa yang memerlukan ini.”

“Saya juga merayu bagi pihak kerajaan Pakistan , bagi pihak kerajaan ekspatriat kami dan rakan-rakan kami di luar negara, untuk tampil membantu.” – Panglima Tentera.

Untuk makluman, banjir yang berlaku sejak pertengahan Jun lalu telah menjejaskan lebih 33 juta orang dan meragut lebih 1,000 nyawa.

Agensi kerajaan Pakistan turut melaporkan hampir sejuta rumah rosak dan lebih daripada 2 juta ekar tanaman musnah dan 149 jambatan dibawa arus.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*