Padah !!! Semua individu terlibat tarian separuh bogel dipanggil polis

Padah !!! Semua individu terlibat tarian separuh bogel dipanggil polis.

Polis Selangor akan memanggil semua individu terlibat dalam penganjuran majlis sambutan Aidilfitri yang menyajikan tarian separuh bogel oleh penari lelaki berperwatakan wanita di Centre Walk, I-City di Shah Alam pada 27 Mei lalu.

Arjunaidi ketika ditemui di IPD Serdang pada Selasa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya sedang mengesan beberapa individu yang dipercayai berada di luar kawasan untuk dirakam keterangan.

Turut baca

Menurutnya, penganjur majlis yang merupakan seorang pempengaruh di media sosial yang dikenali sebagai ‘Cik Lala’ telah dibebaskan dengan jaminan polis pada Selasa selepas direman selama dua hari sejak Ahad.

“Proses rakam keterangan belum selesai lagi memandangkan kita akan melakukan beberapa tangkapan berperingkat.

“Ini kerana ada dalam kalangan mereka berada di luar kawasan termasuk penari,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di sini pada Selasa

Sinar Harian pada Isnin melaporkan pihak polis menahan penganjur majlis tersebut selepas menerima laporan daripada Pengurus Perbadanan Penduduk (JMB) I-Soho I-City, Shah Alam berhubung kejadian itu.

Penganjur berkenaan dilaporkan menyewa sebuah unit di premis berkenaan dengan kos RM4,000 untuk majlis tersebut dengan jemputan sekitar 50 orang tetamu.

Mengulas lanjut, Arjunaidi berkata, pihak polis sedang dalam proses melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya.

“Kita juga akan merakam keterangan daripada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran tarian tidak bermoral itu termasuk penari berkenaan.

“Kita kemudian akan mengumpul segala keterangan yang direkodkan dan akan melengkapkan kertas siasatan yang akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya nanti untuk arahan lanjut,” ujarnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*