“Buang otak sekali patutnya…” Selamba lempar sampah atas jalan, ini berlaku selepas itu

“Buang otak sekali patutnya…” Selamba lempar sampah atas jalan, ini berlaku selepas itu.

Sikap suka membuang sampah merata-rata ini sememangnya sangat membimbangkan, mana tidaknya sikap ini akan membuat longkang tersebut sekaligus menjadi punca banjir.

Tidak kiralah di jalan raya mahupun bukan, tidak salah sekiranya simpan dahulu sampah tersebut sekiranya tidak nampak tempat untuk membuang sampah berkenaan.

Baru-baru ini, tular akan sebuah video yang memaparkan seorang lelaki bertindak mengetuk pintu sebuah kereta dan memulangkan semula sampah menjadi pujian ramai.

 

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter dikenali sebagai Hakeem itu memaklumkan dia melihat pemandu kereta berkenaan membuka tingkap dan membuang sampah.

Bagaimanapun selepas beberapa kali membunyikan hon kereta pemandu berkenaan tidak mengendahkan perkara tersebut membuatkan dia terpaksa keluar dan mengetuk pintu cermin kereta untuk memulangkan sampau tersebut.

Dalam pada itu, dia juga berharap orang ramai tidak mengamalkan sikap sebegini yang pasti hanya akan merosakan alam sekitar.

Pelbagai reaksi yang diberikan oleh warganet akan sikap pemandu berkenaan. Malah, mereka juga memuji sikap pemuda berkenaan yang prihatin.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*