Sanggup membuat pinjaman along hanya kerana mahu perayaan disambut meriah.
Itu antara tindakan segelintir individu yang sanggup melakukan pinjaman wang tidak berlesen.
Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Klang, Datuk Tan Bok Koon berkata, jumlah peminjam yang melakukan pinjaman dengan along didapati meningkat sebanyak 30 peratus sepanjang bulan April ini iaitu pada musim perayaan Aidilfitri.
Menurutnya, peminjam dikesan melakukan pinjaman dengan mendakwa dibebani dengan pelbagai hutang, mempunyai masalah kewangan atas faktor diberhentikan kerja selain mahu meraikan lebaran dengan mewah tanpa sedar risiko yang menanti.
“Individu terbabit hanya meminjam dalam jumlah RM1,000 hingga RM2,000, namun, disebabkan kadar bunga atau faedah yang tinggi, mereka terpaksa membayar dua kali ganda malah lebih.
“Jumlah yang dipinjam tidak besar, tetapi boleh jadi besar selepas dikira dengan kadar faedah yang terlalu tinggi sehingga ada yang mengadu tidak mampu melunaskan hutang mereka yang semakin berganda.
“Biasanya mereka meminjam kerana mahu membuat persiapan raya, beli baju anak-anak dan hantar kepada keluarga di kampung,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.
Beliau berkata, selain itu, faktor lain menjadi penyebab hingga meminjam dengan along disebabkan hutang serta bayaran untuk pinjaman lain.
Katanya, mereka turut mendakwa mempunyai hutang yang tinggi, sama ada melibatkan pinjaman kereta serta masalah dalam perniagaan.
“Selain itu, mangsa-mangsa ini turut mendakwa sukar melakukan pinjaman dengan pihak bank disebabkan mereka telah disenarai hitam ekoran gagal melunaskan pinjaman yang dilakukan sebelum ini,” ujarnya.
Jelas beliau, kebanyakan peminjam mengakui mereka meminjam daripada along disebabkan tertarik dengan pelbagai tawaran dan kemudahan diberikan.
“Along memang bagi berapa pun jumlah yang mahu dipinjam, selain tidak perlu dokumen-dokumen penting atau semakan kewangan sebagaimana dilakukan institusi pinjaman yang dibenarkan.
“Bagaimanapun harus diingat, kadar bunga yang dikenakan along sangat tinggi. Banyak kes yang dilaporkan, ada peminjam yang hutang mereka dengan along sudah sangat melebihi kadar pinjaman, ini risikonya,” katanya.
Bok Koon berkata, faktor perayaan yang didakwa turut menjadi alasan segelintir individu terpaksa meminjam along seharusnya tidak berlaku.
“Ada peminjam ini bila mereka merasakan bunga terlalu tinggi, mereka minta bantuan kita, dan daripada apa yang mereka maklumkan tujuan pinjaman dibuat adalah untuk sambutan perayaan.
“Seharusnya perkara sebegini perlu dielakkan, saya faham dalam konteks perayaan semua mahukan yang terbaik demi keluarga, namun apa yang penting adalah jangan merisikokan diri dengan melakukan pinjaman dengan along,” katanya.
Ujarnya lagi, ada juga situasi yang mana peminjam ini mahu beraya dengan kereta baharu, segala kelengkapan dibeli dengan harga yang mahal, tapi sebenarnya wang yang digunakan itu adalah hasil pinjaman dengan along.
“Harus ingat bahawa sekali sudah buat pinjaman along maka bukan sahaja peminjam itu menghadapi risiko malahan ia turut melibatkan keluarga peminjam tersebut,” katanya.
HomenasionalPinjam Ahlong RM 1,000 untuk beraya, kena bayar balik RM 8,800 termasuk bunga
Pinjam Ahlong RM 1,000 untuk beraya, kena bayar balik RM 8,800 termasuk bunga
Buletin PrimeApril 22, 2023

Bok Koon menjelaskan, ramai terperdaya tawaran along selepas melihat iklan pinjaman wang yang ditampal di tiang lampu jalan, papan tanda dan bangunan kawasan perniagaan.
Menurutnya, tindakan penguatkuasaan dengan menurunkan iklan-iklan ini perlu dipertingkatkan.
“Saya mengakui banyak usaha dijalankan pihak berwajib khususnya dalam operasi melibatkan penurunan iklan haram ini, namun masa sama ia perlu diperhebatkan lagi.
“Kita tidak mahu along ini menjadi akses mudah kepada masyarakat untuk membuat pinjaman disebabkan iklan-iklan haram ini,” katanya.
Dalam pada itu, jelasnya, terdapat sebilangan mangsa enggan membuat laporan polis selepas diancam along.
Kehidupan Zamil (bukan nama sebenar) sebelum ini agak senang apabila menerima gaji mencecah sehingga RM4,000 sebulan.
Namun semua itu berubah sekelip mata setelah Zamil diberhentikan kerja sejak awal Ramadan lalu.
Bercerita kepada Sinar Harian, Zamil pada mulanya mahu membuat pinjaman dengan pihak institusi kewangan yang sah, namun gagal apabila dia diberhentikan kerja selain mempunyai pelbagai komitmen bayaran lain.
Dia kemudian mengambil keputusan meminjam daripada along sebanyak RM10,000.
“Saya nampak iklan along sewaktu pergi ke kedai, yang mana iklan dengan paparan nombor telefon itu diletakkan di tiang lampu kawasan tersebut.
“Tanpa fikir panjang, saya telah membuat pinjaman along kerana fikir mahu beraya, beli kelengkapan raya lagi, tambahan pula saya tidak bekerja,” ujarnya.
Katanya, selain itu dirinya perlu membayar pelbagai komitmen lain seperti ansuran rumah dan kereta.
Ujar bapa kepada tiga anak itu, risiko meminjam daripada pada along ini langsung tidak dipedulikan sehinggalah dirinya menceritakan berkaitan perkara tersebut kepada rakan baiknya.
“Mengucap kawan saya bila saya ceritakan kepada dia yang saya pinjam along, saya ceritakan kepada dia situasi yang saya alami sehinggakan saya terpaksa bertindak sedemikian.
“Dia sedarkan saya yang tindakan saya itu sebenarnya tidak tepat malah bukan sahaja merisikokan diri namun keluarga sama,” katanya.
Tambahnya, ketika itu wajah isteri dan anak-anak terus menerpa di fikiran tatkala memikirkan langkah pendek yang diambil.
“Jujur saya katakan, saya sebenarnya tidak ceritakan kepada isteri yang saya pinjam daripada along, saya tak mahu dia susah hati, saya hanya fikirkan persiapan raya dan masa sama hutang-hutang yang perlu saya selesaikan.
“Saya menyesal, saya sepatutnya tak buat macam tu, namun, semuanya sudah berlaku, saya perlu cari jalan untuk selesaikan hutang along itu,” katanya.
Leave a Reply