Padah komen melampau di FB, sukarelawan polis wanita dikutip

Seorang wanita yang dipercayai memuat naik komen di Facebook dengan niat mengaibkan secara keterlaluan terhadap seseorang sudah ditahan malam semalam.

Sukarelawan Polis di Mersing yang berusia 39 tahun itu ditahan di kawasan Endau.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat dalam kenyataan berkata, semakan mengenai hantaran itu telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi siasatan lanjut ke atas pemilik akaun ‘Ieyda Ibrahim’.

Bagaimanapun siasatan akan dilakukan mengikut seksyen 504 kanun keseksaan yang boleh disabit hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Suspek turut disiasat mengikut peruntukan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*