Padah garu kepala ketika memandu, lelaki didenda RM2,000

Seorang lelaki di Belanda didenda €380 (RM1,957) selepas sebuah kamera berteknologi kepintaran buatan (AI) merakam dia menggaru kepala semasa memandu.

Laman berita Oddity Central melaporkan, perbuatan Tim Hansen ditafsir sebagai bercakap menggunakan telefon bimbit oleh kamera lalu lintas itu.

Hansen didenda pada November 2023 atas kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu di sebatang jalan, sebulan sebelumnya.

Disebabkan yakin tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu pada hari kejadian, dia memutuskan untuk menyemak gambar bukti di Agensi Pengumpulan Kehakiman Pusat.

Pada sekali pandangan, Hansen kelihatan seperti sedang bercakap menggunakan telefon, namun jika dilihat dengan teliti, dia sebenarnya tidak memegang sebarang objek di tangan.

Lelaki itu sebaliknya hanya menggaru kepala, manakala kamera AI tersalah anggap kedudukan tangannya sebagai memegang telefon.

Hansen telah membantah saman tersebut dan menjangkakan keputusan memihak kepadanya, namun dia perlu menunggu sehingga 26 minggu untuk keputusan rasmi.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*