Optik media China menyanjungi PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Presiden China, Xi Jinping di Great Hall, Beijing, China.

Pertemuan kali ini juga merupakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi dari negara Singapura dan Sepanyol . Namun begitu , dari segi konteks badan bahasa politik maka media di negara China iaitu China Daily memaparkan gambar PMX Malaysia berada di tengah. Ini merupakan simbol keutamaan dalam bahasa tersirat “media language”.

Ini adalah kebanggaan untuk Malaysia. Sekaligus menafikan pertikaian setengah pihak terhadap penerimaan antarabangsa kepada sosok Anwar Ibrahim.

Pertemuan Anwar dan Xi Jinping di Great Hall, Beijing disifatkan bermakna apabila mengambarkan hubungan erat antara Malaysia dan China yang telah terjalin sejak sekian lama.

Xi Jinping yang merupakan Presiden ketujuh dan selaku Setiausaha Agung Parti Komunis China itu menggantikan Hu Jintao sejak 2013, dipilih semula ketika Kongres Nasional Rakyat Ke-14 pada 10 Mac lalu.

Dalam kunjungan itu kedua-dua pemimpin bermesyuarat selama kira-kira 45 minit.

Ia adalah mesyuarat secara bersemuka buat julung kalinya diadakan antara kedua-dua pemimpin berkenaan.

Dalam ucapan ringkasnya, Xi yang mengalu-alukan kehadiran Anwar berkata, beliau menghargai lawatan itu, apabila Perdana Menteri menerima undangan ke China walaupun di tengah bulan Ramadan yang mulia.

Beliau juga mengambil maklum ulang tahun ke-10 pelaksanaan Perkongsian Strategik Komprehensif antara kedua-dua negara tahun ini, serta 50 tahun hubungan diplomatik pada 2024, dan menambah bahawa beliau berharap di bawah kepimpinan Anwar, Malaysia dan China akan dapat bekerjasama lebih erat untuk membawa hubungan antara kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi.

Xi berkata kedua-dua negara telah bersetuju untuk membangunkan komuniti “China-Malaysia” dengan impian masa depan bersama.

“Hubungan dua hala ini adalah titik permulaan penuh bersejarah yang baharu,” katanya.

Katanya beliau berharap di bawah kepimpinan Anwar, Malaysia dan China akan dapat bekerjasama lebih rapat untuk membawa hubungan antara kedua-dua negara ke peringkat lebih tinggi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*