“Nyanyi lagu pelik-pelik…” Aksi goyang gerudi, lirik air ketum depan kanak-kanak undang kecaman

Tular satu video memaparkan sebuah persembahan membabitkan seorang penyanyi wanita di hadapan penonton yang turut terdiri daripada sekumpulan kanak-kanak dengan lagu yang mengandungi lirik tidak bermoral.

Klip tersebut yang dimuat naik di TikTok oleh hasrulhayatullah sejak Ahad lalu dipercayai direkodkan dalam satu acara di Pantai Timur berdasarkan loghat yang digunakan.

Menerusi klip tersebut, penyanyi wanita terbabit didengar melantunkan lagu dengan lirik yang mengajak kepada pengambilan bahan terlarang seperti ketum dan ganja.

Lebih mengejutkan, lagu berkenaan turut dinyanyikan bersama-sama oleh sebahagian kanak-kanak yang turut menonton persembahan berkenaan di hadapannya.

Bagaimanapun tarikh dan lokasi sebenar rakaman itu diambil tidak dapat dipastikan.

Ekoran daripada itu, rata-rata warganet yang mempersoalkan bagaimana persembahan sedemikian dibenarkan untuk ditampilkan kepada penonton yang turut terdiri daripada di bawah umur.

“Alamak, budak kecil ambil ticket kategori satu (bahagian depan) nak dengar lagu ketum dan ganja,” tulis ahmadsteezy.

“Nyanyi lagu pelik pelik je, ketumlah ganja lah. Yang mengikut budak budak. Betul tiada akal organizer,” soal _ArifKassim.

“Apa lirik dia? Dengar ada sebut daun ketum. Tapi budak dok nyanyi sekali,” tulis MyraSera.

“Weiii, kalau nak buat macam ni pun jangan la bawa budak-budak,” kata TomoeYushiro.

Dalam pada itu, menerusi video berasingan yang dikongsikan hasrulhayatullah, acara berkenaan difahamkan turut melibatkan persembahan kebudayaan termasuk dikir barat.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*