Noda anak kandung OKU, bapa dipenj ara 25 tahun, 10 sebatan

Seorang bapa kekal menjalani hukuman penjara 25 tahun dan 10 sebatan atas kesalahan merogol anak kandung berusia 14 tahun yang juga berstatus Orang Kurang Upaya (OKU), tahun lalu.

Perkara itu ditentukan selepas Mahkamah Tinggi Klang di sini menolak rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Klang yang menjatuhkan hukuman tersebut pada 1 November 2023.

Hakim Norliza Othman berpuas hati bahawa hukuman yang dijatuhkan oleh hakim Mahkamah Sesyen adalah wajar dan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

Bapa berkenaan mengaku bersalah merogol anak kandungnya di bilik sebuah rumah di Sabak Bernam, Selangor di antara pukul 8.30 malam dan 9 malam, 11 Oktober 2023.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan 10 sebatan maksimum.

Mahkamah Sesyen turut memerintahkan lelaki berkenaan menjalani kaunseling selama tempoh pemenjaraan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas hukuman penjara selesai.

Dalam penghakiman bertarikh 31 Januari lalu yang diperoleh pihak media daripada laman web mahkamah hari ini, Hakim Norliza berpendapat, perayu mengambil kesempatan terhadap anak kandungnya, walhal mangsa sepatutnya dilindungi.

Menurut hakim berkenaan, gadis itu merupakan OKU yang tidak berdaya dan perbuatan bapa kandungnya meninggalkan kesan trauma yang mendalam terhadapnya seumur hidup.

“Mahkamah mengambil kira kesan trauma kerana mangsa kes seksual memerlukan masa untuk pulih daripada ketakutan dan merasakan diri tidak selamat kerana telah diperlakukan dengan tidak sepatutnya oleh ayah kandung.

“Adakah perbuatan perayu boleh dipandang ringan dan wajar diberi peluang untuk berubah? Perbuatan perayu dipandang jijik dalam masyarakat lebih-lebih lagi mangsa anak kandungnya,” ujar Hakim Norliza.

Kata beliau, hakim Mahkamah Sesyen telah menilai rayuan dan faktor kepentingan awam sebelum menjatuhkan hukuman terhadapnya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*