“Niat nak suruh berhenti merokok…” Suami meninggal selepas 10 hari terima hadiah kek batu nisan

“Maafkan sayang. Niat hanya nak suruh berhenti merokok.”

Demikian ungkapan maaf daripada seorang wanita terhadap arwah suaminya yang meninggal dunia selepas 10 hari menyambut ulang tahun kelahiran.

Menerusi perkongsian wanita itu di TikTok, dia tidak menyangka gurauan menghadiahkan suaminya sebiji kek dengan hiasan batu nisan seolah-olah petanda awal sebelum pasangannya itu menghembuskan nafas tarakhir.

Menurutnya, tujuan hiasan seperti batu nisan diletakkan di atas kek semata-mata untuk memberi teguran agar suaminya berhenti merokok.

“Siapa suruh letak ‘kubur’ atas kek, kan dah betul-betul dekat kubur (meninggal dunia),” tulisnya pada video yang dimuat naik di TikTok baru-baru ini.

Bercerita lanjut, wanita itu berkata, arwah suaminya terpaksa ditidurkan pada 8 Januari tahun lalu disebabkan demam panas berpanjangan selama dua minggu sebelum pergi buat selamanya.

Lebih menyedihkan, wanita itu terpaksa melahirkan puteri sulung mereka seorang diri tanpa suami disisi pada 8 Ogos lepas.

"Niat nak suruh berhenti merokok..." Suami meninggal selepas 10 hari terima hadiah kek batu nisan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*