Usaha Salahuddin Ayub ‘untuk rakyat’ dalam tempuh sebulan di KPDN

Berikut adalah antara usaha yang dilakukan dalam tempuh sebulan oleh Datuk Seri Salahuddin Ayub selaku Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)

1. Turun padang ke beberapa premis perniagaan bagi melihat sendiri isu kekurangan barangan bersubsidi seperti telur ayam dan minyak masak tulen.

2. Segera mengadakan sesi libat urus dengan pemain-pemain industri minyak sawit dan simen.

3. Melancarkan Ops Terjah selama satu bulan bagi tujuan mengawal kestabilan bekalan dan harga barangan keperluan asas .

4. Menggerakan serta-merta program FoodBank untuk membantu membekalkan makanan segera bagi pasukan barisan hadapan (frontliner) dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali dan banjir besar di Kelantan, Terengganu, serta Johor.

5. Merancang program baru KPDN iaitu Bakul Rahmah melalui perbincang bersama pemain-pemain industri seperti 99 Speedmart, Mydin, NSK, Giant, dan lain-lain.

6. Program baru ‘Rezeki Suri’ telah dicadangkan bersama, semasa libat urus dengan Dewan Perniagaan Islam Malaysia. Kementerian sedang meneliti perlaksanaannya dalam kadar segera.

7. Program ‘Sistem Perlindungan Sosial Baharu’ sedang dalam peringkat perbincangan bersama-sama tokoh ekonomi universiti utama tempatan yang bersedia menyumbang kepakaran mereka bersama KDPN.

8. KPDN bukan bersendirian dalam mendepani agenda besar YAB PM menangani isu kos sara hidup. Sesi kolaborasi diantara KDPN, MAFS, dan Kementerian Ekonomi telah diadakan diperingkat tertinggi Kementerian .

9. Sekretariat Tetap rentas kementerian telah diputuskan bagi melaksanakan segala dasar dan strategi kementerian-kementerian yang terlibat dengan agenda kos sara hidup.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*