“Nasib baik tak jadi kahwin…” Berang diminta ‘sponsor’ baju pengantin, lelaki ‘bedok’ bakal isteri.
Hati siapa yang tidak kecewa apabila hari bahagia yang yang dinanti-nantikan tidak kesampaian.
Begitulah kisahnya untuk sorang lelaki di Konawe, wilayah Sulawesi Tenggara, Indonesia yang tergamak memukul bakal isterinya ketika dia diminta membayar kos pakaian untuk majlis perkahwinan mereka.
Perkahwinan lelaki dikenali sebagai AS, 26, dan pasangannya, IU sepatutunya berlangsung pada 24 Disember lalu, namun selepas kejadian itu, keluarga AS nekad membatalkan perkahwinan mereka.
“Keluarga pengantin lelaki membatalkan perkawinan kerana sudah tawar hati selepas kejadian itu. Kami sepatutnya berkahwin pada 24 Disember lalu,” kata IU.
Menurut IU, AS telah memberinya wang tunai berjumlah 40 juta rupiah (RM11,898) yang digunakan untuk menyewa pentas perkahwinan, gambar pra-perkahwinan dan mencetak kad jemputan.
Bagaimanapun, kedua-dua pihak bersetuju bahawa IU tidak perlu memulangkan wang tersebut kerana perkahwinan mereka dibatalkan oleh keluarga pengantin lelaki.
Turut baca :
- {VIDEO} “Ibu sakit, ayah dah meninggal…” Kisah budak lelaki jual sate ikan buat ramai berjurai air mata
- Ramai tak tahu ada Smart Lane di ‘Highway’ PLUS, tonton video ini untuk penerangan yang lebih jelas
- {VIDEO} ”Abang janganlah abang… tak nak… sakit, tak nak…,” Tentera pukul isteri sampai acu pisau tular
Leave a Reply