Mufti Perlis : ‘Kafirkan’ Pengarah Jabatan Agama Perlis, sikap penyokong PAS dikesali

Kekecohan yang berlaku di Markas Pas di Perlis, MATIN sehingga menggelarkan Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) dan kakitangannya sebagai kafir dikesali.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohamad Asri Zainor Abidin berkata, perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana ia akan memberikan nilai buruk kepada masyarakat.

“Sekarang ini, sudah sampai kepada persendaan oleh pihak-pihak berkenaan.

“Dalam kejadian itu, sudah sampai kepada Pengarah JAIPs digelar sebagai kafir,” kata Dr Asri dalam sidang medianya.

    Mufti Perlis : 'Kafirkan' Pengarah Jabatan Agama Perlis, sikap penyokong PAS dikesaliDalam kejadian di depan markas Pas, MATIN ini, Pengarah JAIPs telah dikafirkan oleh sebahagian yang hadir.

Dalam kejadian beberapa hari lalu, Pengarah Jaips, Najmudin Abdul Karim serta kakitangannya telah datang mahu mengambil kenyataan dari seorang penceramah di Ma’had Tahfiz Al Quran Al Imam An Nawawi (MATIN) namun telah dihalang.

Mereka digelar macam-macam oleh penyokong Pas di markas itu termasuk kafir.

“Semalam, Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) memaklumkan kepada saya, beliau dan pegawai penguatkuasa JAIPs dikafirkan sebahagian yang hadir di MATIN.

“Sedangkan beliau hanya menjalankan tugas kerana DYMM Tuanku Raja Perlis bertitah tidak membenarkan penceramah agama tanpa kuliah di negeri itu,” tulis Dr Rozaimi Ramle menerusi Facebook beliau.

Sehubungan itu, Ahli Jawatankuasa Fatwa Perlis itu bersetuju dengan pandangan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil bahawa ada ektremis takfiri di negara ini.

“Saya bersetuju dengan Menteri Fahmi Fadzil dalam isu ini. Fahaman ekstremis takfiri masih ada di Malaysia ini. Harap kerajaan mengambil tindakan serius dalam isu ini,” kata beliau.

Menurut Dr Asri, tindakan menguatkuasakan larangan membenarkan pihak yang tidak mempunyai tauliah memberikan kuliah dan mengajar agama di Perlis di buat atas perintah Raja Perlis.

“Padahal mereka telah dipelawa untuk memohon tauliah ini,” kata beliau dalam sidang media mengenai isu ini selepas kekecohan itu.

Pas buat pertama kali menang besar di Perlis dalam pilihan raya umum lalu dan membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Ekoran itu, Pesuruhjaya Pas Perlis, Mohd Syukri Ramli telah dilantik sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*