Menyayat hati! Adik, abang sehidup semati, rentung dalam kebakaran, jasad ditemui berdekatan

TRAGEDI kebakaran di Kampung Pulutan, Menggatal, Sabah meragut nyawa abang dan adik, Jackron Jabri, 6, dan Jayraiyen Jabri, 5, benar-benar menyayat hati.

Kedua-duanya dipercayai terperangkap dalam kebakaran enam rumah. Lebih memilukan, jasad dua beradik itu ditemui berdekatan antara satu sama lain.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, kedua kanak-kanak itu difahamkan bersendirian di rumah tanpa kedua ibu bapa mereka.

Berikut adalah kronologi kejadian yang meragut nyawa:

1-Ketika kejadian, kanak-kanak berusia enam tahun yang rentung itu baru saja pulang dari sekolah tadika.

2-Adiknya berusia lima tahun memang sudah berada di rumah.

3-Mereka didapati bersendirian di rumah selepas ditinggalkan oleh ibunya yang keluar bekerja manakala bapanya menghantar anak saudara ke hospital.

Menyayat hati!  Adik, abang sehidup semati, rentung dalam kebakaran, jasad ditemui berdekatan

4-Adik beradik mangsa yang lain ketika itu berada di sekolah.

5-Agustavia Joe Guasi berkata kedua-dua jasad mangsa ditemukan berdekatan antara satu sama lain di bahagian ruang tamu kira-kira jam 1 petang.

6-Kejadian itu turut melibatkan enam rumah jenis tidak kekal dan semuanya hangus 100 peratus.

7-Seramai 35 pegawai dan anggota bersama jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kebakaran.

Menyayat hati!  Adik, abang sehidup semati, rentung dalam kebakaran, jasad ditemui berdekatan

8-Operasi pemadaman dijalankan dan api berjaya dikawal pada jam 2.53 petang.

9- Setakat ini punca kejadian masih dalam siasatan.

Salam takziah daripada SinarPlus buat keluarga mangsa yang kehilangan dua cahaya mata sekelip mata.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*