Baru-baru ini, tular sebuah kisah cukup menggerunkan yang dikongsi melalui laman X
Seorang wanita meluahkan rasa takut dan tidak selamat duduk di rumah mentua kerana disyaki ada yang mengancam ketenteramannya. Sehinggakan wanita itu bertanya pendapat kepada netizen bagaimana hendak minta izin suami untuk pindah keluar daripada rumah itu.
Kisahnya bermula daripada wanita itu pelik mengapa seluar dalamnya asyik hilang. Dia terjumpa seluar dalam yang lama tak pakai merata-rata dalam rumah sehinggakan ditegur suami.
Kejadian seterusnya lebih mengejutkan apabila dia terjumpa bra merata-rata dalam bilik padahal ia terletak kemas dalam almari.
“Then aku bagitau lah suami aku, and dia pun terkejut cakap lah something is not right. Tapi dia just cakap maybe anak-anak saudara dia masuk bilik” tulisnya.
Bukan setakat itu, baju tidur yang baru dipakainya juga hilang
“Aku tengah cari baju tidur yang aku pakai malam sebelumnya tapi tak jumpa then aku buka almari and found out semua bra and panties aku hilang termasuk panties yang masih dalam plastik and belum dipakai” tulisnya.
Wanita itu juga terjumpa salah satu seluar dalamnya ada kesan air mani. Wanita itu terus melaporkan kejadian kepada suami.
Apabila mengadu dekat mak mentua, dia seolah-olah tidak percaya dan mengatakan itu bukan perbuatan manusia.
Wanita itu tidak puas hati dan tergerak hati membuka laci dekat meja hall atas, rupa-rupanya semua seluar dalam yang hilang berada di dalam itu.
Pakaian yang hilang sebelum ini juga berada di bawah meja. Bapak mentuanya juga menyangkal perbuatan itu dan berkata ia adalah perbuatan makhluk halus.
Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 987.6K views, 1K reposts dan 3K likes di X, netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut merupakan komen netizen di X:
Leave a Reply