Menangis datang minta maaf, Ustaz Kazim akui enam individu tampil bersemuka.
Minggu lalu, kecoh di media sosial akan sakit kulit misteri yang terpaksa dihadapi oleh penceramah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.
Memetik laporan Kosmo Online, Ustaz Kazim mengakui seramai enam individu telah tampil bersemuka dengannya bagi meminta maaf kerana menyihir dirinya.
Berkongsi lebih lanjut, Ustaz Kazim menyatakan bahawa dua daripada mereka adalah pasangan suami isteri yang mengakui kesilapan mereka sehingga menangis teresak-esak dihadapannya.
Tambah beliau, antara sebab sesetengah individu sanggup berbuat perkara ‘keji’ itu kerana perasaan hasad dengki serta faktor rasa tidak puas hati terhadapnya.
“Banyak sebab dan yang saya boleh cerita dia marah sebab saya ceramah ada kata tentang dia dan dia malu.
“Yang kedua datang minta maaf sebab dia marah saya dapat macam-macam dan ada juga sebab perasaan, kalau dia tak boleh dapat saya, orang lain pun tak boleh dapat saya,” katanya dalam temubual eksklusif Kosmo Online.
Tambahnya, kini beliau sedang menjalani rawatan secara tradisional dan moden untuk mengubati masalah kesihatan yang ditanggungnya sejak bertahun lalu.
Turut baca
Leave a Reply