Membakar al-Quran perbuatan yang tidak dilarang di Belanda, tapi ini yang berlaku pada hari Sabtu

Membakar al-Quran perbuatan yang tidak dilarang di Belanda, tapi ini yang berlaku pada hari Sabtu.

Percubaan pemimpin pergerakan Patriotik Eropah Menentang Pengislaman Barat (Pegida) Belanda, Edwin Wagensveld membakar al-Quran gagal selepas diserang oleh orang awam ketika di Arnhem, Belanda pada Sabtu.

Ketika kejadian, Edwin dilaporkan telah mengoyakkan beberapa helai halaman al-Quran itu dan bertindak untuk membakarnya di dalam tong sampah.

Pada masa sama, Edwin juga diiring dan diawasi oleh beberapa anggota polis sambil dikerumuni sekumpulan penunjuk perasaan berhampiran bangunan Parlimen ketika itu.

Dalam pada itu, kejadian tersebut sempat dirakam sekali gus tular di media sosial.

Membakar al-Quran perbuatan yang tidak dilarang di Belanda, tapi ini yang berlaku pada hari Sabtu
Tangkap layar video memaparkan Edwin yang cuba membakar al-Quran di Arnhem, Belanda pada Sabtu.

 

Melalui video tersebut, seorang lelaki yang dikatakan turut sama melakukan protes di lokasi itu dilihat menyerang dan memukul Edwin sebelum sempat membakar helaian al-Quran itu.

Kesemua penunjuk perasaan dilaporkan melakukan protes kerana berang dengan perbuatan Edwin serta tidak berpuas hati dengan Datuk Bandar Arnhem, Ahmed Marcouch kerana tidak mengawal keadaan di lokasi.

Sementara itu, beberapa individu yang terlibat sama semasa menyerang Edwin dilaporkan sudah ditahan manakala Edwin dikatakan masih berada di bawah penjagaan polis.

Untuk rekod, Edwin pernah dilaporkan untuk melakukan perkara sama sebanyak dua kali ketika perbicaraan ICJ di The Hague dan di kawasan berhampiran Parlimen Belanda pada Januari 2023.

Bukan itu sahaja, Ahmed Marcouch dilaporkan berkata, perbuatan membakar kitab suci al-Quran adalah perbuatan yang tidak dilarang di Belanda.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*