Melampau, tak ada langsung rasa malu! Isteri kejar suami dan kekasih gelap guna penyapu

Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi seorang wanita menyerang suami dan kekasih gelapnya di sebuah rumah sambil membawa sebatang penyapu, lapor laman berita Tribunnews hari ini.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Konawe, wilayah Sulawesi Tenggara.

Rakaman video pada awalnya menunjukkan seorang wanita berpakaian uniform guru sedang berjalan untuk memasuki sebuah kenderaan.

Seorang wanita lain yang dikatakan si isteri kemudian menghampirinya sambil memegang penyapu dalam keadaan marah.

Suami kepada wanita tersebut kemudian menghampiri si isteri lalu menolaknya sebelum masuk ke dalam kereta bersama teman wanita.

Si isteri cuba untuk membuka pintu kereta, namun ia dikunci dari dalam sebelum kedua-dua pasangan kekasih itu melarikan diri.

“Awak sudah melampau. Saya saksikan sendiri perbuatan awak berdua hari ini. Melampau, tak ada langsung rasa malu,” kata si isteri ketika cuba membuka pintu kereta.

Turut kedengaran adalah suara perakam video yang meminta si isteri agar bersabar supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Tidak dinyatakan nasib yang menimpa wanita berkenaan selepas itu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*