“Suami ingat aku tak tahu dia pergi jumpa janda”

Tindakan seorang lelaki mengunjungi rumah janda terbongkar selepas isterinya ternampak gambar kereta suaminya berada di kawasan blok pangsapuri wanita itu.

Menerusi hantaran @AdieHussin94 di aplikasi X, dia memuat naik satu foto memperlihatkan lapan kereta berwarna merah tersusun sebaris di kawasan tempat letak kenderaan termasuk kereta lelaki terbabit.

“Suami aku ingat aku tak tahu dia pergi jumpa kawan sekerja dia (berstatus janda). Aku dapat tahu pun selepas kawan aku kongsi satu tweet tersusun sederet kereta berwarna merah ‘parking’ beramai-ramai.

“Kereta suami aku kat situ. Remuk hati masa aku tengok gambar tu,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut terkejut kerana tidak menyangka perkongsian itu akan membawa satu ‘plot twist’.

“Jadi suaminya kereta Bezza ke Almera? Dua tu je yang nampak nombor pendaftaran,” soal Ashraffe.

“Sekelip mata saja Tuhan kalau nak tunjuk. Sebab itu janganlah sesekali menipu lebih-lebih lagi tipu bini,” ujar seorang pengguna.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*