“Melampau ni acik…” Barang niaga disepak merata, suara budak rayu peniaga undang sebak

Marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar.

Peribahasa itu mungkin dapat dipadankan dengan video yang tular di Facebook yang menyaksikan pertelingkahan dua pihak di pasar malam.

Menerusi perkongsian Mohd Saifful, menyaksikan tindakan seorang lelaki membuat kacau di tapak niaga seorang peniaga milik sebuah keluarga.

Terkejut melihat situasi itu, kedengaran suara seorang budak yang sedang meniaga di situ bertanyakan tujuan lelaki terbabit berbuat demikian terhadap tapak niaganya dan bapa.

Dalam kekacaun itu, kedengaran lelaki itu berkata bahawa bapa budak itu telah mencetuskan pergaduhan dengan anak buahnya sehingga hampir maut.

Jadi, dia membuat serangan balas dengan memusnahkan perniagaan kecil-kecilan mereka pula pada malam itu.

Peniaga buat laporan polis

Bagaimanapun, ramai menyelar tindakan lelaki berkenaan yang dianggap sangat biadap.

Ujar mereka, tidak seharusnya emosi itu dilemparkan kepada seorang budak yang sudah jelas tidak tahu apa yang berlaku di antara pihak bapanya dengan lelaki itu.

Justeru itu, adalah sebaiknya jika masalah tersebut diselesai secara empat mata sahaja, tak perlu melibatkan individu yang tidak sepatutnya.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*