“Maruah saya tercalar…” Isteri Zamani dakwa duit ‘disonglap’, penganjur buka mulut jelas isu sebenar

“Maruah saya tercalar…” Isteri Zamani dakwa duit ‘disonglap’, penganjur buka mulut jelas isu sebenar. Penganjur bersama Konsert Doa Buat Zamani, Aalan Ahmad meluahkan rasa terkilan dengan tindakan isteri Zamani iaitu Nur Juliana Abd Rani yang mendakwa suaminya tidak mendapat bayaran selepas menjayakan konsert itu.

Menurut Aalan atau nama sebenarnya Saiful Azlan Ahmad, 49, tindakan terburu-buru Juliana itu menyebabkan maruahnya tercalar.

“Saya bukan nak panjangkan hal ini tetapi saya rasa maruah dah tercalar disebabkan kenyataan isterinya.

“Saya ada anak, isteri, keluarga jadi saya minta maaf pada Zamani terpaksa buat macam ni untuk membersihkan nama saya.

“Saya kecewa sebab ini isu dalaman dan masalah ini sepatutnya boleh diselesaikan antara kami dan bukan bawa keluar.

“Terus-terang saya cakap pada hari Sabtu lepas saya ada berjumpa dengan Zamani dan jelaskan semuanya mengenai penjualan tiket, kos dan sebagainya.

“Zamani pun dah tahu dan dia bersetuju dengan perkara itu. Cuma saya pelik, hari Sabtu saya jumpa dia kemudian hari Ahad isteri dia dah posting macam-macam.

“Saya cuba menghubungi Zamani dah tiga hari namun dia mendiamkan diri. Kalau boleh kita nak selesaikan perkara ini secara dalaman,” jelasnya.

Aalan berkata demikian sewaktu sidang media khas berikutan isu hangat tentang dakwaan isteri Zamani terhadap dirinya.

Sewaktu sidang media berlangsung, Aalan juga turut menunjukkan penyata jualan tiket konsert yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 30 September lalu ialah sebanyak 365 keping.

Dalam pada itu, Aalan juga menjelaskan perkara sebenar mengenai isu tersebut.

“Niat saya hanya ingin membantu Zamani mencari dana selepas melakukan pembedahan yang dijadualkan pada minggu hadapan.

“Saya kenal Zamani dah lama dan saya anggap dia macam abang saya sendiri. Saya ikhlas tapi tanpa usul periksa (isteri Zamani) buat kenyataan macam itu.

“Saya sebenarnya tidak mahu memberitahu hal ini kerana ia bakal memalukan Zamani tetapi untuk menjelaskan situasi sebenar, ini sebenarnya yang berlaku.

“Tiket hanya terjual sebanyak 367 keping, berbanding kapasiti lokasi yang sepatutnya mempunyai lebih 1,200 penonton.

“Disebabkan itu, kami pihak penganjur mengambil keputusan untuk memberikan tiket secara percuma kepada kelab peminat Zamani bagi memenuhkan lokasi konsert.

“Ini kerana pihak penganjur akan menjual konsert ini kepada stesen televisyen dan bagi menampakkan konsert itu cantik (full house),”katanya.

Aalan berkata setakat ini keuntungan yang berjaya diraih pada konsert itu adalah sebanyak RM4,635 setelah ditolak kos keseluruhan produksi.

Konsert Doa Buat Zamani merupakan anjuran bersama Aalan dan Zamani yang dilakukan tanpa sebarang kontrak sebaliknya berdasarkan kepercayaan di antara mereka.

“Semua duit keuntungan RM4,635 saya beri pada Zamani, walau ikut persetujuan awal portion 70 peratus Zamani, 30 peratus saya.

“Tapi saya tidak tergamak nak ambil, saya bagi semua pada Zamani sebab konsert ini memang tujuan untuk bantu dia,” jelasnya lagi.

Terdahulu, isteri Zamani, Julie memuat naik status WhatsApp mendakwa suaminya tidak mendapat bayaran ketika menjayakan Konsert Doa Buat Zamani.

Turut baca :

"Maruah saya tercalar..." Isteri Zamani dakwa duit 'disonglap', penganjur buka mulut jelas isu sebenar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*