Manusia tertua di dunia kongsi rahsia panjang usia, 128 tahun tanpa suplemen mahal.
Sebagai manusia, umur panjang adalah perkara yang sering diidamkan ramai orang. Namun begitu, kesihatan pula harus dititik beratkan kerana ia adalah perkara asas yang perlu diutamakan bagi memastikan tubuh berfungsi dengan baik sekaligus memanjangkan usia individu.
Baru-baru ini, seorang wanita Afrika Selatan yang dipercayai merupakan manusia tertua di dunia menyambut ulang tahun kelahirannya minggu ini yang ke 128 tahun.
Mengikut kad identitinya, wanita dengan nama JOHANNA Mazibuko itu dilahirkan pada 1894. Menariknya, wanita ini turut berkongsi tip sihat dan umur panjang yang luar biasa ini. Rahsianya ialah kombinasi susu segar dan bayam liar menjadi rahsia panjang umur Johanna Mazibuko yang kini berusia lebih 100 tahun.
Turut baca
- Guru ditangkap tonton video lucah dalam kelas cetus kemarahan orang ramai
- {VIDEO} “Maki hamun wartawan di UTC…” Pengawal keselamatan ganggu tugas dua wartawan berdepan siasatan
- Doktor wanita meninggal dunia di bilik hotel diklasifikasi mati mengejut
Johanna membesar dengan meminum susu segar bersama bayam liar dan tidak sesekali mencuba masakan moden. Pada usia 128 tahun, dia berdepan masalah pendengaran, namun masih mampu mengurus hidupnya sendiri.
Malah, komuniti di negara itu kini berusaha untuk membantu meletakkan nama Johanna di dalam Rekod Dunia Guinness (GWR).
Warga emas itu juga sempat merasai hidup pada zaman penjajahan British dan era aparteid, selain dua perang dunia. Johanna yang menetap di Jouberton, Klerksdorp memaklumkan wartawan dia membesar di sebuah ladang di bandar Ottosdal, dan merupakan anak sulung daripada 12 beradik.
“Kami hidup gembira di ladang berkenaan dan tidak menghadapi sebarang masalah,” katanya.
Wanita itu juga berkongsi pengalaman berdepan dengan serangan belalang sehingga keluarganya menemui cara baharu untuk mengawal serangga itu.
“Ada belalang yang boleh kami tangkap dan makan kerana rasanya seperti daging selepas digoreng,” katanya.
Dia akan menghabiskan masa mengenang kembali kehidupan masa lalu dengan ada antaranya yang sukar diingati.

Leave a Reply