Lelaki peras ugut di bilik gerakan parti politik ditahan

Lelaki peras ugut di bilik gerakan parti politik ditahan. Tindakan seorang lelaki memeras ugut di bilik gerakan sebuah parti politik di Petaling Jaya dekat sini membawa padah apabila ditahan, kelmarin.

Suspek berusia 40 tahun itu ditangkap pukul 9 malam di rumahnya di Taman Petaling Utama.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunadi Mohamed berkata, berdasarkan siasatan mendapati kegiatan suspek tidak melibatkan mana-mana kumpulan gangsterism.

“Suspek dikatakan cuba melakukan pemerasan terhadap petugas pilihan raya di bilik gerakan tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Latihamal Ex-Undi Persediaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Kontinjen Selangor di Padang Kawad Universiti Teknologi Mara di sini hari.

Kata Arjunaidi, polis turut membuka empat lagi kertas siasatan masing-masing kerana menceroboh pusat penamaan calon, menerbangkan dron, mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah serta mengoyakkan bendera dan merosakkan papan iklan.

Tambah beliau, secara keseluruhannya sebanyak 79 laporan diterima polis sepanjang tempoh lima hari berkempen dalam PRU15 ini.

“Selain itu, 660 permohonan permit untuk kempen dan ceramah diterima .

“Namun hanya 642 diluluskan dengan penolakkan baki 18 permohonan itu disebabkan kesesuaian tempat dan mungkin ada pertembungan ceramah (antara parti bertanding) dan lewat diterima (permohonan),” jelasnya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*