Bas bawa 60 pelajar universiti terbabas di Tanjung Malim

Sebuah bas membawa kira-kira 60 pelajar universiti dipercayai terbabas sebelum terbalik di Jalan Slim Lama, Tanjung Malim lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada kira-kira 7 petang.

“Kemalangan melibatkan bas terbabas sendiri selepas Simpang Kota Malim Prima.

Siasatan awal mendapati 11 orang penumpang termasuk pemandu mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan di Ipoh.

Dia berkata punca kejadian masih dalam siasatan dan perkembangan kes akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim, Mohd Zairul Fahmi Mohd Nazari ketika dihubungi berkata pihaknya telah ke lokasi kejadian bagi kerja-kerja menyelamat.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*