Lelaki maut ditembak depan restoran, saksi dedah mula kejadian.
Seorang lelaki maut ditembak pada jarak jauh dalam kejadian di persimpangan trafik, Taman Intan, Sungai Petani, Kedah, tengahari ini.
Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengahari ketika mangsa berusia 36 tahun berjalan ke arah kenderaan Toyota Vellfire miliknya sebelum didatangi empat lelaki menaiki dua motosikal.
“Isteri dan anak lelakinya hanya mampu melihat dan menjerit ketika mereka berada di laluan kaki lima restoran berkenaan ketika kejadian”..
Pengunjung restoran yang menyaksikan kejadian itu melihat motosikal berkenaan datang dari lorong belakang sebelum menyerang hendap mangsa, dengan salah seorang penyerang menembak lelaki itu berulang kali di kepala.
Lelaki bersenjata itu dikatakan memakai sarung tangan dan turut memakai sesuatu di mukanya.
Pasukan forensik kemudian menemui lapan kelongsong peluru di tapak tersebut.
Ketua Polis Kedah Wan Hassan Wan Ahmad berkata mangsa dikehendaki polis kerana disyaki terlibat dalam kegiatan jenayah terancang dan aktiviti berkaitan dadah, dengan satu kes sedang berjalan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.
Kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Turut baca
Leave a Reply