KL menjerit !!! Bandaraya Kuala Lumpur ditenggelami air

KL menjerit !!! Bandaraya Kuala Lumpur ditenggelami air.

Hujan lebat sejak pagi tadi mengakibatkan beberapa jalan di Bandaraya Kuala Lumpur ditenggelami air, menurut polis.

Dalam kenyataan di Facebook, polis berkata, kenderaan masih boleh melalui beberapa jalan yang tidak terjejas teruk.

Ini membabitkan Jalan Ipoh, Jalan Rahmat, Jalan Ampang, Jalan Dang Wangi, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Imbi ke arah Jalan Sultan Ismail, Jalan Duta Mas, Jalan Kampar off Jalan Sentul, Bulatan Dato Onn’ dan Kampung Periuk.

Katanya, air bertakung di Jalan Ipoh/Jalan Rahmat menyebabkan laluan dari arah Bulatan Pahang ke Jalan Ipoh dan Jalan Raja Laut ke arah Jalan Ipoh terpaksa ditutup.

Polis berkata, air di Jalan Ampang dan Jalan Dang Wangi tidak boleh dialirkan berikutan saluran air yang tersumbat.

Dalam pada itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kemas kini di Facebook rasminya memberitahu, petugas DBKL bersama jentera berada di lokasi Jalan Dutamas untuk kerja-kerja selenggara bagi mengelakkan air bertakung dan kawalan lalu lintas.

DBKL berkata, air bertakung di kawasan Jalan Sultan Azlan Shah mulai surut dalam tempoh yang singkat.

Setakat 1 tengah hari tadi, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir untuk Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor, Kedah, Perak dan Pahang yang dijangka berterusan hingga 4 petang.

Turut baca

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*