Lelaki lagak berani lambai CCTV sebelum rosakkan mesin ATM undang padah

Lagak berani seorang lelaki yang memecahkan dua mesin skrin mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di dua buah bank di bandar ini pada Sabtu malam memakan diri apabila diberkas polis semalam.

Kelibat lelaki berkenaan memecah skrin ATM dua bank itu berjaya dirakam dalam kamera litar tertutup (CCTV) di bank berkenaan.

Malah lelaki berkenaan berlagak berani apabila selamba memberi lambaian ke arah CCTV sebelum memecah skrin ATM berkenaan menggunakan senjata tajam.

Dua video berkenaan yang dipercayai berlaku kira-kira jam 8 malam Sabtu dan berdurasi 28 saat dan lapan saat itu tular dalam media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Parum Niot berkata suspek tempatan berusia 42 tahun itu ditahan pada Isnin kerana disyaki terlibat dalam kes berkenaan.

“Dengan tertangkapnya suspek, polis Limbang berjaya menyelesaikan empat kes melibatkan satu kes pecah skrin mesin ATM yang di laporkan pada 3 Jun lepas, satu kes pecah cermin kenderaan yang dilaporkan berlaku pada 9 Julai lepas dan dua kes pecah skrin ATM yang di laporkan pada Ahad lepas,”katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sebelum ini katanya dua laporan polis diterima pihaknya mengenai kes memecahkan skrin ATM itu pada Ahad.

Kata Parum berkata dua kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat yang mana jika di dapati bersalah boleh di hukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada lima tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

“Siasatan akan di teruskan dan pihak polis akan merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya sebelum tindakan menuduh suspek ke mahkamah,”ujarnya.

Beliau turut berterima kasih kepada masyarakat tempatan di Limbang kerana bekerjasama menyalurkan maklumat dan membantu siasatan pihak polis.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*