Kisah 2 sahabat di padang pasir

Di sebuah padang pasir yang panas terik kelihatan dua orang sahabat sedang berjalan. Abu Abdillah dan Saad sedang rancak berbual itu dan ini. Entah apa yang dibualkannya tidak diketahui.

Apabila matahari semakin terik memancarkan sinarnya, tekak mereka mula berasa kering, haus dan letih. Namun, dibiarkan saja sehingga berjumpa kawasan berair.

Mungkin kerana terlalu penat, perbualan mereka mula menyakitkan hati masing-masing. Tiba-tiba, Saad menampar Abu Abdillah kerana terlalu geram dan marah. Langkah positif, Abu Abdillah hanya mendiamkan diri dan berjalan beriringan tanpa berkata sepatah pun.

Tanpa disedari Saad, Abu Abdillah duduk dan menulis sesuatu di atas pasir, “Hari ini kawan saya menampar muka saya.”

Kemudian, mereka meneruskan perjalanan sehingga melalui kawasan oasis. Disitu mereka mengambil keputusan untuk berehat seketika sambil minum dan menyejukkan badan. Abu Abdillah lalu terjun ke Oasis untuk mandi, namun tidak pula Saad yang lebih senang berehat di tebing sambil memerhatikan alam.

Tiba-tiba Abu Abdillah menjerit-jerit. Tubuhnya kejang dan tidak boleh digerakkan. Dia lemas.

Serta-merta Saad berlari ke arah sahabatnya lalu berenang menarik tubuh Abu Abdillah dan diheretnya ke tebing.

Setelah semua tenang dan pulih seperti biasa, Abu Abdillah kemudian menulis sesuatu di atas batu berhampiran, “Hari ini, kawan saya selamatkan hidup saya.”

Saad yang menampar dan menyelamatkan Abu Abdillah lalu bertanya,

“Kenapa selepas aku menampar engkau, engkau tulis pada pasir? Dan kenapa apabila aku menyelamatkan engkau, dan engkau tulis pada batu?”

Abu Abdillah tersenyum dan menjawab,

“Apabila kita disakiti, tulislah di atas pasir agar angin kemaafan boleh menghapuskannya. Tapi apabila seseorang melakukan kebaikan kepada kita, tulislah di atas batu agar ia kekal selamanya.” Wallahu a’lam

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*