Kerja doktor sangat sibuk, balik je rumah suami suruh pilih antara dia atau pesakit. Saya diam dan diceraikan

Selepas 2 bulan kahwin suami mula marah – marah. Saya minta tolong ambil dari tempat kerja sebab saya selalu tertidur masa bawa kereta. Saya balik dari hospitaI, penat nak rehat tapi suami merungut lapar. Akhirnya suami lafazkan cerai sebab saya tak boleh buat pilihan..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan luahan saya ini. Saya berasal dari Kedah dan bekerja sebagai pakar perubatan dekat sebuah hospitaI pakar di pantai timur semenanjung.

Tujuan saya buat luahan ini untuk berkongsi tentang 2 kisah perkahwinan saya di mana pada perkahwinan pertama gagal dan perkahwinan kedua InshaAllah berjaya. Perkahwinan Pertama Ketika saya menjadi pegawai perubatan dulu mak saya ada kenalkan anak kawannya yang bekerja sebagai jurutera kilang dekat saya.

Dia anak kepada pengetua sekolah. Selepas saya berkenalan dengan bekas laki saya itu dalam 3 bulan kami pun berkahwin. Selepas 2 bulan berkahwin dia mula mempersoalkan hidup saya. Dia selalu marah – marah bila saya suruh dia ambil diri saya di hospitaI kerana penat nak pandu sendiri.

Dengan keadaan bilangan pes4kit lebih ramai berbanding bilangan tenaga kerja. Keadaan itu menyebabkan saya penat, tak cukup tidur dan burn out. Dia tak pernah fikir keadaan itu boleh menyebabkan saya micro sleep ketika memandu lalu membah4ya diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Bertambah buruk lagi dia tak pernah pun nak bantu saya untuk buat kerja rumah. Kerana lepas balik kerja dalam keadaan penat sayalah yang perlu uruskan segala kerja rumah. Saya nak tidur untuk rehatkan badan dan em0si pun dia marah sebab katanya dia lapar. Maka bangunlah saya untuk memasak untuknya.

Masuk usia perkahwinan saya dengan dia 3 tahun. Keadaan kami m4kin buruk kerana selepas saya balik bekerja. Dia per4ngkap saya dengan soalan begini. Sayang pilih abang dekat rumah atau sayang pilih pes4kit dekat hospitaI. Bila saya tak jawab dia tengking saya.

Selepas kejadian itu dia macam tak layan dah dekat saya seperti ada kekasih gelap. Kemudian saya masuk berjumpa dengan mertua saya dan saya beritahu apa yang berlaku dalam rumahtangga saya dan anaknya. Jawapan daripada mereka bersabarlah dan banyakkan berdoalah serta anggaplah itu semua ladang pahala.

Kemudian pada pagi hari ahad kemungkinan dia dapat nasihat daripada mertua saya. Lalu dia ajak saya untuk ke mahkamah syariah untuk dia lafazkan cerai terhadap diri saya. Walaupun rumahtangga saya bergolak namun saya amat bersyukur kerana Allah belum lagi mengurniakan anak kepada kami dan kurniakan mentaI yang sihat.

Perkahwinan Kedua. Selepas 5 tahun keluar dari pergolakkan rumahtangga sebelum ini. Pada 2015 saya ada baca perkongsian daripada FB Hafiz Aiman yang dikongsi oleh kawan saya. Kata beliau jodoh ini adalah pilihan maka jika memilih pilihlah yang terbaik dan jika dipilih pilihlah untuk jadi yang terbaik.

Kata beliau lagi kita nak jodoh yang bagaimana maka berdoalah kepada Allah. Kerana Allah berfirman di dalam surah al Ghafir ayat 60. Maksudnya dan Tuhan kamu berfirman:”Berdoalah kamu kepadaKU, Nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”

Kata beliau lagi jodoh kita adalah cerminan hidup kita kerana Allah berfirman di dalam al Quran. Maksudnya lelaki – lelaki yang baik untuk perempuan – perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya. Jadi hidup sehari – hari sebagai seorang wanita ketika itu yang mengimpikan sebuah rumahtangga yang harmoni.

Maka saya berusaha untuk mengubah diri supaya menjadi selari dengan apa yang saya doakan untuk jodoh saya. Ubah diri supaya tutup aurat dengan sempurna, jaga batas pergaulan dengan lelaki bukan mahram, jaga kualiti solat 5 waktu dan baik sesama manusia.

Selepas 5 bulan saya usahakan itu. Adik lelaki saya yang bekerja sebagai jurukimpal dekat bengkel jentera berat pun cakap, ‘Kak saya ada kawan yang bekerja sebagai mekanik jentera berat. Dia baik orangnya bos pun selalu puji dia seorang yang jaga solat, peramah, beramanah, datang awal ke tempat kerja dan rajin buat kerja house keeping’

Namun kata adik saya ini kawan dia ini jenis tak pandai nak mulakan hubungan dengan perempuan jadi kalau orang perempuan tak usahakan memang tak kahwinlah dia. Satu lagi dia sungguh malu dengan orang perempuan.

Jadi saya bersetuju dengan tawaran daripada adik saya itu. Saya amat yakin ketika itu dialah calon jodoh yang saya doakan selama ini. Mana mungkin adik lelaki saya nak bin4sakan hidup kakaknya. Kerana dialah yang mendokong hidup saya selepas menjadi pakar obestrik dan ginekologi.

Dia ikut saya ke pantai timur walaupun sebelum ini dia bekerja dekat Pulau Pinang. Adik saya ini baik orangnya kerana bila hidup saya 90% untuk kaum ibu dan bayi di hospitaI. Manakala lagi 10% barulah ada dekat rumah. Jadi adik saya inilah yang uruskan rumah saya.

Bila saya penat untuk memandu balik ke rumah atau untuk pergi ke hospitaI. Adik saya inilah yang akan membantu saya sebagai pemandu. Kawan adik saya ini orang kelantan dan memiliki tahap pendidikan di peringkat diploma dalam bidang teknologi kejuruteraan automatif (jentera berat).

Bekas laki saya sebelum ini pula miliki tahap pendidikan di peringkat sarjana muda dalam bidang kejuruteraan mekatronik. Masa saya dalam fasa berkenalan dengan kawan adik saya ini dia sungguh malu untuk bercakap dengan perempuan. Jadi kami lebih berkenalan melalui Whatsapp.

Selepas kami berkenalan selama 2 minggu. Saya pun suruh keluarga saya masuk meminang calon jodoh saya. Kemudian 2 bulan kemudian kami pun kahwin. Lepas kahwin alhamdulillah dapat suami yang jenis suka buat kerja rumah.

Walaupun suami saya sebelum kahwin banyak diam dari bercakap namun selepas kahwin suami saya ini sungguh banyak bercakap. Tapi tetap dia banyak diam dengan perempuan lain. Bila saya ada dekat rumah dia selalu ajak saya untuk tunaikan solat berjemaah bersama.

Selepas solat dia suka baca doa untuk kebaikan bersama dan selepas berdoa dia suka suruh saya tidur atas pahanya. Kemudian suami saya akan usai ubun kepala saya dan mengajak untuk berbicara tentang bagaimana nak bina keharmonian dalam rumahtangga.

Selepas 2 tahun kahwin kami mula dikurniakan anak. Suami sayalah yang uruskan semua. Dia tak kisah jika saya keluar rumah untuk melaksanakan tuntutan fardhu kifayah di hospitaI. Kerana katanya, abang redha dengan hidup kita berdua.

Ladang pahala sayang berada di hospitaI. Manakala ladang pahala abang pula adalah di rumah. Jadi semoga Allah merahm4ti hidup kita bersama. Dia juga bila saya ada dekat rumah sebelum tidur dia akan ajak buat pillow talk.

Saya jadi terharu bila dirinya tahu banyak tentang kesihatan kandungan, kesihatan ibu mengandung dan kesihatan selepas ibu bersalin, kerana katanya selalu baca perkongsian daripada Professor Dr Imelda Balchin yang merupakan seorang pakar perunding obestrik dan ginekologi.

Dia juga memiliki banyak pengetahuan tentang kesihatan jantung selepas selalu dengar perkongsian daripada Dr Onn Akbar Ali yang merupakan seorang pakar perunding kardiologi. Dia juga miliki banyak pengetahuan tentang kesihatan buah pinggang kerana selalu membaca perkongsian daripada Dr Rafidah Abdullah yang merupakan seorang pakar perunding nefrologi.

Walaupun dirinya hanya ada diploma tapi pemikirannya lebih hebat daripada pemikiran orang ada degree. Bila saya pulang ke rumah pada lewat malam. Alhamdulillah rumah sudahpun berada dalam keadaan tenang, bersih dan tersusun.

Alhamdulillah selepas 7 tahun melayari kehidupan rumahtangga bersama suami. Allah kurniakan 3 orang cahaya mata. Saya suka dengan ungkapan ini “Walaupun langit tidak selalu cerah tetap laut tidak selalu bergelora.” Terima kasih.. – Ummu Adam (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

ZUraida AWang Mat : Alhamdulillah, terima kasih share cerita yang positive pasal perkahwinan, walaupon ada jugak pasal perkahwinan pertama yang gagal. Penat jugak asyik baca pasal t0xic relationship, laki curang, bini curang, penyondol dan sebagainya. Aku sikit lagi nak give up tapi bila baca ni, okay masih ada harapan kot jumpa yang baik – baik. Kena jadi baik – baik dulu baru jumpa yang baik – baik jugak. Okay noted.

Hafiz Aiman : Saya faham tajuk dia tahap Pendidikan bukan penentu Keharmonian. Dia ada ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan dan bekas suami dia miliki ijazah sarjana muda kejuruteraan mekatronik. Walaupun tahap Pendidikan mereka setara namun perkahwinannya ketika itu gagal sebab bekas suami dia tidak miliki sikap supportive untuk mendokong hidupnya di hospitaI.

Manakala pada perkahwinannya yang kedua walaupun dia berstatus Doktor Pakar dan suaminya hanya miliki tahap pendidikan di peringkat diploma teknologi kejuruteraan automatif (jentera berat). Tapi disebabkan suami dia seorang yang supportive jadi suaminya boleh mendokong hidupnya di hospitaI dan dapat membina sebuah rumahtangga yang harmoni.

Saya faham confession dia sebab saya juga suami kepada Obestrician dan Gynecologist. Sepanjang mendokong hidup isteri saya di hospitaI apa yang dinyatakan dalam confession itulah realitinya. Bahkan dalam perjalanan isteri saya sebagai pakar OBG dikurniakan sekali peny4kit high function depr3ssion. Tapi alhamdulillah 3 tahun lepas isteri saya dah sembuh sepenuhnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*