Kerana cinta, lelaki ini gali kubur, ambil mayat, hidup bersama rangka itu selama 7 tahun

CINTA itu buta hingga ada yang sanggup lakukan kerja gila kerana rasa cintanya pada seseorang. Mungkin itu yang sesuai menggambarkan seorang lelaki bernama Carl Tanzler yang sanggup meniduri mayat wanita pujaannya selama tujuh tahun!

Carl Tanzler atau juga dikenali sebagai Count Carl von Cosel, merupakan seorang rakyat Jerman yang bekerja sebagai pakar radiologi di sebuah hospital di Florida, Amerika Syarikat.

Pada tahun 1920, dia telah mengahwini isterinya, Dorris A. dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Malangnya, kedua-dua anaknya meninggal dunia akibat sindrom difteria.

Kemaruk cinta gila Tanzler bermula pada April 1930, apabila dia didatangi seorang pesakit wanita jelita berketurunan Cuba bernama Maria Elena Milagro. Ketika itu, wanita tersebut dimasukkan ke hospital kerana mengalami penyakit batuk kering.

Terpukau dengan kecantikan wanita itu, Tenzler telah menawarkan dirinya kepada keluarga Elena untuk membantu merawat wanita itu.

Untuk meraih kepercayaan keluarga Elena, Tenzler mengakui mempunyai pengetahuan luas mengenai penyakit itu termasuk membantu menyediakan semua kos rawatan yang diperlukan.

Sewaktu tempoh merawat Elena yang berusia 21 tahun, Tanzler tidak melepaskan peluang beberapa kali meluahkan perasaan cintanya pada wanita itu. Malah, bagi membuktikan cinta sejatinya dia turut membeli pelbagai hadiah dan alat perhiasan yang mahal.

Malangnya, Tanzler hanya bertepuk sebelah tangan kerana Elena tidak pernah membalas perasaannya, sehinggalah pada 25 Oktober 1931 wanita tersebut disahkan meninggal dunia – akibat penyakit batuk kering yang kronik.

Walaupun wanita dicintai telah pergi selama-lamanya, Tenzler masih berusaha untuk memiliki Elena. Ekoran itu, dia telah meminta kebenaran keluarga wanita itu untuk menanggung segala kos pengebumian Elena.

Turut baca

Dengan persetujuan yang diberikan, Tanzler telah menempah sebuah kawasan perkuburan di Key West, sekali gus membolehkan dia melawat kubur Elena pada setiap malam.

Selepas tiga tahun kematian Elena, lelaki tersebut mula merindui kekasihnya. Perasaannya menjadi tidak tenteram dan sentiasa mengenangkan wajah jelita Elena. Kononnya, dia sering kali diganggu roh Elena yang meminta supaya menyanyikan lagu di kuburnya.

Malah, Tanzler mendakwa roh wanita itu meminta supaya kuburnya digali semula. Justeru, pada bulan April 1933, lelaki gila tersebut bertindak menyelongkar kubur Elena dan mencuri sisa-sisa rangka tulang wanita tersebut dan membawa ke rumahnya.

Tenzler membentuk semula tulang-temulang Elena menjadi kerangka yang sempurna. Kemudian, dia mendandan kerangka wanita itu dengan pakaian lengkap dan pelbagai perhiasan seperti rantai, sarung tangan dan memakaikan stoking.

Bagi menghilangkan bau busuk, Tanzler menggunakan wangian dalam jumlah yang banyak serta agen pengawet bagi mengelakkan kerangka tersebut mereput. Setelah sempurna, kerangka tulang tersebut diletakkan dia atas katilnya.

Sejak itu, lelaki yang kemaruk cinta ini tinggal bersama-sama dengan kerangka tulang wanita kesayangannya itu. Malah, dia memperlakukan kerangka tersebut sama seperti wanita hidup termasuk melakukan hubungan kelamin sehinggalah perbuatan jijiknya terbongkar.

Pada Oktober 1940, kisah mengenai hubungan pelik Tanzler mula heboh diperkatakan oleh orang ramai sehinggalah sampai ke telinga kakak Elena, Florinda. Lebih menyayat hati, khabar angin tersebut mengatakan mayat adiknya digunakan sebagai alat pemuas nafsu serakah lelaki yang tidak siuman itu.

Geram dengan perbuatan lelaki gila itu, Florinda cuba menyiasat untuk mengetahui kisah sebenar. Sungguh memeranjatkan apabila dia melihat jasad adiknya itu berada di dalam bilik Tanzler.

Florinda memaklumkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa. Ekoran itu, Tanzler telah ditangkap dan dibicarakan ke mahkamah. Berdasarkan keputusan mahkamah, Tanzler dibebaskan atas alasan dia disahkan mengalami sakit mental- sindrom Necrophilia iaitu perilaku seksual manusia pada mayat.

Kerangka tulang Elena dikebumikan semula di tanah perkuburan Key West, Amerika Syarikat. Bagaimanapun, lokasi pengebumian tersebut dirahsiakan daripada pengetahuan umum bagi mengelakkan perkara tersebut berulang kembali.

Pada 3 Julai 1952, Tanzler telah disahkan meninggal dunia. Mayatnya hanya ditemui tiga minggu selepas kematiannya dalam keadaan terlentang di atas lantai di rumahnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*