Kerajaan tawar rebat sehingga RM2,400 beli motosikal elektrik

Individu berpendapatan bawah RM120,000 setahun akan menikmati rebat sehingga RM2,400 untuk membeli motosikal elektrik, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata inisiatif terkandung di bawah Belanjawan 2024 itu termasuk dalam Skim Galakkan Penggunaan Motosikal Elektrik untuk kelompok terbabit.

“Skim ini akan memberikan rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari semalam.

Bagi menyokong penggunaan kenderaan elektrik (EV), Anwar yang juga menteri kewangan berkata kerajaan bercadang melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 ke atas perbelanjaan kemudahan pengecasan EV untuk tempoh empat tahun.

Menurutnya, selain itu inisiatif potongan cukai bagi kos sewaan EV untuk tempoh dua tahun lagi.

“Untuk menyokong keperluan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), Prasarana Malaysia Berhad bersetuju untuk memperoleh 150 bas elektrik dan membina tiga depoh bas dengan kos RM600 juta,”

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*