“Kematian yang dicemburui…” Jenazah ibu meninggal di Mekah berseri-seri, berbau harum

“Kematian yang dicemburui…” Jenazah ibu meninggal di Mekah berseri-seri, berbau harum.

“Sebelum ini ibu mencemburui kisah jemaah yang meninggal dunia atau mati syahid di Makkah, tidak sangka dia pulang kepada pencipta sebaik menjejak kaki ke tanahair selepas pulang dari mengerjakan umrah,” kata guru tadika, Muhamad Norikhmal Ahmad, 21, di Felda Lok Heng.

"Kematian yang dicemburui..." Jenazah ibu meninggal di Mekah berseri-seri, berbau harum
“Kematian yang dicemburui…” Jenazah ibu meninggal di Mekah berseri-seri, berbau harum

Muhamad Norikhmal berkata, dia menerima panggilan telefon pada jam 12 tengah hari pada Jumaat lalu daripada juruterbang yang memaklumkan ibunya, Norasiah Awi, 53, sudah tiada.

Katanya, sebelum memulakan penerbangan pulang ke Malaysia, Norasiah menghubungi semua anak-anaknya.

Turut baca

“Dia beritahu berada di Jeddah dan dalam keadaan baik. Ibu tampak ceria dan sempat menunjukkan beg berisi baju kotornya kepada kakak ketika membuat panggilan video.

“Dia menyatakan mahu pulang dan minta kami semua berkumpul di rumah. Tidak sangka ia petanda ibu meninggalkan kami. Memang kesemua kami berkumpul serta mengurus pengembumian ibu pada jam 11 malam pada Sabtu lalu,” katanya ketika dihubungi.

Muhamad Norikhmal berkata, selain itu kucing kesayangan ibunya mati secara tiba-tiba sehari sebelum menerima berita sedih itu.

“Malah saya juga bermimpi ibunya berpakaian putih dan menyatakan ingin pergi jauh.

“Arwah ibu sempat berpesan kepada kami supaya menjaga bapa dan sentiasa mengekalkan hubungan baik sesama sendiri,” katanya.

Tambahnya lagi, arwah ibunya seorang isteri solehah kerana sanggup berlapar menunggu kepulangan suami setiap hari supaya dapat makan bersama.

“Arwah adalah ibu dan nenek yang penyayang dan sentiasa mengambil berat.

“Ketika di Makkah dia juga berpeluang membantu seorang jemaah sebiliknya yang berusia 60-an.

“Ibu tiada sebarang sejarah penyakit sebab itu kami tidak sangka dia yang aktif sepanjang masa dan gemar bersenam akhirnya meninggalkan kami sekeluarga,” katanya.

Muhamad Norikhmal berkata, ketika mengurus jenazah ibunya, wajah arwah juga didapati dalam keadaan berseri-seri, tersenyum dan berbau harum.

“Perjalanan terakhirnya adalah senang dan dalam keadaan seperti yang diimpikan itu selepas hajatnya mengerjakan umrah bersama abah tertunai,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*