Kejam! Bapa ragut nyawa anak sendiri

KEJAM dan tidak berperikemanusiaan.

Itulah perkataan sesuai bagi menggambarkan kes kematian seorang bayi lelaki berusia enam bulan yang dipercayai menjadi mangsa bunuh.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohamad Nasir Drahman berkata polis menerima maklumat daripada seorang lelaki, memaklumkan bayi berkenaan ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah unit kediaman dekat Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma, Beranang, pada pukul 8.52 pagi, Isnin.

Ujarnya, bayi berkenaan disahkan meninggal dunia dan pemeriksaan awal tidak menemui sebarang kecederaan pada tubuhnya.

“Mayat bayi kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kajang untuk proses bedah siasat.

“Hasil bedah siasat, pakar mengesahkan kecederaan mangsa bukan disebabkan kemalangan tetapi disebabkan perbuatan jenayah ke atas mangsa.

“Kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Difahamkan bayi malang tersebut mengalami kecederaan pada kepala.

Susulan itu katanya, polis menahan bapa bayi berkenaan, seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun pada pukul 11.30 malam hari kejadian untuk membantu siasatan.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis syabu,” katanya lagi.

Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula Selasa sehingga 22 April ini untuk siasatan lanjut.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*