Kejam !!! Anak 2 tahun jadi pemuas nafsu ‘bapa durjana’.
Sepatutnya bapa menjadi pelindung kepada anak-anak lebih-lebih lagi anak perempuan apatah lagi figura bernama bapa adalah lelaki pertama dalam hidup mereka.
Namun, sejak kebelakangan ini ada saja kisah bapa durjana yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk pada anak kandung sendiri.
Baru-baru ini, tular perkongsian seorang individu dimana rumah tangga yang dibina musnah akibat perbuatan suaminya sendiri.
Berkongsikan cerita, pada suatu hari anaknya berusia dua tahun baru saja pulang dari rumah mentua bersama bapanya.
Namun, tiba-tiba budak itu terus memeluk ibunya sambil menangis teresak-esak menunjukkan mulutnya yang sakit.
Ketika ditanya, kanak-kanak itu memegang alat kelamin ibunya seperti mencari sesuatu serta bertanyakan mana ‘ubat’ seperti abahnya.
Terasa dunia kelam apabila mendengar jawapan daripada anaknya, si ibu terus membawa ke bilik mandi. Apabila membuka seluar, anak memegang seluarnya dan mengatakan pedih serta memberitahu bapanya ada memegang di bahagian bawah.
Si ibu memberitahu selesai memandikan anak dia melihat kemaluan anak sangat merah dan keadaannya berbeza.
Si ibu menggigil mendengar jawapan daripada anaknya yang turut menunjukkan sendiri aksi yang diperlakukan si bapa terhadapnya.
Tidak hanya setakat itu, kanak-kanak itu yang sedang mamai ketika menyusu secara tiba-tiba memasukkan tangan ke adalam seluar dalam si ibu sebelum dikeluarkan semula.
Lebih pilu apabila si ibu mendengar jawapan daripada anaknya yang memberitahu ‘abah buat’. Pada keesokan harinya, anaknya turut melakukan perkara sama.
Tanpa membuang masa, si ibu membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaan dan kini dalam proses menuntut keadilan buat anaknya.
Difahamkan, si ibu dan anaknya kini tinggal bersama kedua ibu bapanya dan terpaksa melalui proses undang-undang kerana hak penjagaan anak dituntut oleh bekas suami.
Turut baca
Leave a Reply