{VIDEO} Berang anak kena hempuk dengan buku, ibu bergegas datang sekolah, ini terjadi

Berang anak kena hempuk dengan buku, ibu bergegas datang sekolah, ini terjadi.

Tiada penjaga suka jika melihat anaknya disakiti, lebih-lebih lagi apabila berada di sekolah.

Namun, adakalanya sikap murid itu sendiri sukar untuk dilentur dengan nasihat membuatkan guru terpaksa menggunakan cara lain agar mereka tidak mengulangi kesilapan sama.

Begitulah juga yang mungkin ingin dilakukan oleh guru ini, tetapi tindaknnya menghempuk muka anak muridnya dengan buku menyebabkan si ibu ‘mendidih’ kerana ia sepertinya sudah keterlaluan.

Menurut cerita murid berkenaan, dia dihempuk oleh guru terbabit menggunakan buku hanya disebabkan tidak membawa rekoder muzik sepertimana yang diarahkan.

Dalam video tersebut, dia turut melakonkan semula tindakan guru itu membuat ibunya bertambah marah.

Enggan berdiam diri, ibu kepada murid itu kemudian ke sekolah untuk menemui sendiri guru terbabit serta mendengar penjelasannya secara langsung.

Bagaimanapun, situasi mereka menjadi perdebatan dalam kalangan netizen pula bilamana ada yang mempertahankan guru tersebut susulan melihat adab murid berkenaan.

Namun, segelintirnya pula bertegas bahawa tindakan guru itu sememangnya kasar dan keterlaluan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*